Sabtu, 09 Agustus 2014

Selamat Hari Lahir Sayang , Ucap Rozana Misbun Buat Rezzki Di FB


Tarikh hari ini sememangnya memberi makna yang cukup besar buat isteri Awie iaitu Rozana Misbun yang juga adik kepada aktres Haliza Misbun.

Apa tidaknya, pada tarikh keramat inilah anak lelaki keduanya, Putra Ahmad Rezzki iaitu hasil perkahwinannya dengan Awie menginjaki usia 6 tahun.

Biarpun tidak berpeluang untuk melihat atau mendekati anak-anaknya, namun Rozana Misbun telah menggunakan laman sosial facebook sebagai cara untuk menyampaikan mesej serta luahan hati buat permata hatinya itu.

Kata Rozana, hari ini 08-08 2014, genap 6 tahun umur anak lelaki saya yang bernama Putra Ahmad Rezzki. Insya Allah Mummy diadakan hanya yang terbaik untuk Rezzki tersayang.


"Selamat hari lahir sayang... Mummy sayang Rezzki sangat-sangat. Muaahhhh :(((( ," katanya. Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.
Menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie.murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top