Kamis, 28 Agustus 2014

Farid Kamil Yakin Isterinya Tidak Cemburu Untuk Lagenda Budak Setan 3


Pelakon dan pengarah muda Farid Kamil yakin bahawa kemesraan dan romantika yang ditunjukkan bersama Maya Karin dalam lakonan mereka untuk filem Lagenda Budak Setan 3 (LBS3) tidak akan membuatkan isterinya Diana Danielle berasa cemburu atau tergugat.

Malah menurut Farid, sekiranya mempunyai masa kelapangan, dia dengan berbesar hati ingin membawa Diana menonton filem ini kerana Lagenda Budak Setan adalah filem kegemarannya.

“Saya tak rasa dia cemburu kerana filem Lagenda Budak Setan antara filem kesukaannya, adegan romantik antara saya dan Maya Karin memang agak ‘daring’ namun saya ada cara saya untuk memujuk dan menerangkannya. Kalau Diana cemburu juga maknanya ia boleh melariskan filem ini dan membuatkan penonton mahu menontonnya,” seloroh Farid di Majlis Tayangan Perdana Lagenda Budak Setan 3 di GSC Mid Valley.

Ketika ditanya adakah dia berpuas hati dengan watak Kasyah dalam filem LBS? Dia menjawab watak Kashah boleh dikatakan mirip dalam kehidupannya dan merasakan ada sedikit persamaan dan memudahkan dirinya untuk membawa watak itu.

“Watak Kasyah adalah persamaan sikit dalam hidup saya, terutama berkaitan di zaman sekolah yang agak nakal namun saya minta ‘simpang 44’ kehidupan Kasyah akibat kematian isteri dan anak, saya mohon dijauhkan, hanya Tuhan sahaja yang menentukan segala-galanya,” ujarnya.

Filem Lagenda Budak Setan 3 - Kasyah Lagenda Berakhir akan mula ditayangkan serentak ke pawagam seluruh negara mulai 11 September 2014.murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top