Rabu, 20 Agustus 2014

Kajol: Anda Tak Perlu Faham Hindi Untuk Tonton Bollywood


Aktres Kajol akui bahawa ini adalah kali pertama dia datang ke Malaysia.

Namun, dia tidak menyangka menerima layanan yang cukup mesra dan baik daripada masyarakat di sini.

"Saya terkejut dan tidak sangka bahawa orang di sini betul-betul peramah, sentiasa tersenyum dan langsung tidak mendesak.

"Sungguh banyak kasih sayang yang saya terima daripada masyarakat di sini dan kerana itu saya pasti akan kembali semula ke negara ini,"katanya kepada portal Murai dalam wawancara terbuka bersama Lisa Surihani.

Kajol berada di sini sempena pelancaran Astro Box Office, BollyOne HD yang telah berlangsung di JW Marriot, Kuala Lumpur, sebentar tadi.



Anggun mengenakan sari hitam putih, pasangan Dato' Shah Rukh Khan paling serasi di layar perak ini juga yakin bahawa Saluran 251, BollyOne HD ini juga pasti akan mendapat sambutan yang cukup baik daripada masyarakat di sini.

"Anda tidak perlu memahami bahasa Hindi untuk menonton filem Bollywood kerana ianya penuh dengan drama dan warna.

"Matlamat kami adalah untuk menghiburkan anda semua," katanya lagi.murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top