Selasa, 26 Agustus 2014

Jejaka Pilot Kekasih Sharifah Sakinah?

 
Selalunya Murai Batu asyik dengar pasal kontroversi pelakon Sharifah Sakinah yang tayang body untuk program fitness anjurannya , tapi kali ini lain pula ceritanya.

Terbaru, Murai Batu dapat tahu dia kini sedang bercinta dengan seorang juruterbang. Semuanya gara-gara sekeping gambar dan kapsyen yang di muat naik di laman sosial Instagram.

Dalam foto tersebut kelihatan seorang jejaka dengan pakaian pilot di dalam kereta tetapi wajahnya dipaling kea rah tingkat kereta.

Kapsyen Sharifah Sakinah tidak pula beritahu dia kekasihnya tetapi dia seolah-olah sedih kerana terpaksa menghantar jejaka itu untuk bekerja.

Berikut merupakan foto dan kapsyen berkenaan:



Ramai juga peminat dan pengikut Instagram pelakon itu yang menyangka ianya kekasihnya dan membuat andaian dia sedang menghantar kekasihnya ke lapangan terbang.

Nampak ya gambar itu telah ditafsir dengan pelbagai andaian oleh peminatnya, namun Sakinah terus mendiamkan diri tanpa ada sekali menjawab atau membalas komen-komen tersebut.

Kalau kekasih pun apa salahnya, peminat pun seronok lihat artis kesayangannya bahagia.murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top