Rabu, 20 Agustus 2014

Shahrul Nasrun Bersyukur Doanya Termakbul Buat Adira Berhijab

Teman lelaki kepada penyanyi Adira, Shahrul Nasrun Kamaruddin melahirkan rasa syukur dan gembiranya dengan penampilan baru Adira yang kini sudah berhijab serta nampak lebih sopan dan muslimah.

“Alhamdulilah, doa saya dimakbulkan Allah S.W.T, penghijrahan Adira adalah kehendak-Nya dan saya harap peminat Adira jangan mempersoalkan perkara yang dahulu, sebagai hamba Allah kita sentiasa di beri ruang untuk berubah ke arah kebaikan,” katanya ketika dihubungi Murai.

Menurut Shahrul lagi, sebagai manusia dan beragama Islam kita seharusnya terus melihat ke hadapan dan berusaha untuk menjadi lebih baik daripada hari semalam.

“Bila sudah berhijab, pertuturan dan penampilan perlu dijaga, agar semuanya indah dipandang mulia Allah S.W.T dan masyarakat,” katanya.

Adakah penghijrahan Adira persediaan untuk Shahrul melamarnya sebagai isteri? Lantas Shahrul menjawab InsyaAllah kalau sudah sampai jodoh, dia akan umumkan dan kita sebagai muslim hanya berdoa untuk memohon petunjuk.

Dalam perkembangan lain, Shahrul dalam rangka kerja mempromosikan pertandingan “Salute Malaysia” iaitu pertandingan memuat naik gambar tabik hormat jalur gemilang di Facebook, Instagram dan Twitter bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-57

Dengan menaip #salutemalaysia atau #negaraku, peserta secara terus boleh menaik gambar tabik hormat mereka mengikut kreativiti masing-masing. Hadiah bernilai RM20,000 menanti pemenang dan peserta dinasihatkan akaun media sosial mereka tidak di ‘private ‘.

Selain itu, Shahrul juga turut terlibat sama dalam Jelajah Selawat Perdana, Semarak Mahabbah Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini, di Padang Astaka Tanjong Karang Selangor. Zikir, Selawat dan Qasidah bersama Nur Ahli Badar dan Almawlid yang akan ditausiyyah oleh Habib Najmuddin Othman Al-Khered. Orang ramai dijemput hadir bagi mengimarahkan lagi majlis tersebut.murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top