Senin, 25 Agustus 2014

Madonna Mahu Lelong Coli, Seluar Dalam Terpakainya!

Koleksi memorabilia milik superstar Madonna bakal dilelong dibawah Lelongan Julien di Beverly Hill November ini. Menariknya koleksi lelongan Madonna itu melibatkan pakaian dalam milik penyanyi Material Girl ini yang pernah dipakainya dalam sesi fotografi baru-baru ini.

"Sarung muka latex, sarung tangan, coli dan seluar dalam yang dipakainya bersama Katy Perry sewaktu menjayakan sesi fotografi untuk penghias kulit V Magazine pada 2014 bakal dilelong dan lelongannya bernilai dari USD1,000 ke USD4,000," kata publicist Madonna, Liz Rosenberg.

Barangan milik Madonna lain yang turut dilelong adalah diarinya pada 1988 yang mana ianya memuatkan tulisan tangannya sendir tentang pengalamannya muncul dalam program Late Night With David Letterman beserta temujanjinya bersama aktor Sean Penn yang mana kemudiannya menjadi suaminya, sehinggalah kepada dokumen perpisahan mereka yang sudah ditangani.

Peminat juga berpeluang untuk mendapatkan kostum Madonna yang pernah dipakainya dalam beberapa filem seperti A League of Their Own, Evita dan The Next Big Thing.

Malah, beberapa gambar negatif Madonna dalam keadaan bogel yang pernah diambilnya pada 1979 serta pernah muncul dalam majalah Penthouse beserta gaya ala Marilyn Monroe apabila dia mengenakan dress merah serta beberapa barangan kemas yang dipakainya dalam video Material Girl.murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top