Rabu, 27 Agustus 2014


Pengarah, Bade Hj Azmi menolak dakwaan tentang gosip yang tersebar menyatakan dia dan isteri pertama iaitu Erma Fatima akan bercerai.

Malah Bade berkata dia dan Erma masih menjalani kehidupan berumahtangga seperti biasa walaupun sudah berkahwin lagi satu bersama Aida Abdullah.

"Erma masih isteri saya dan saya masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami kepadanya dan bapa kepada anak-anak saya.

"Saya juga masih sayangkan Erma setelah kami sama-sama melalui kehidupan berumahtangga berpuluh tahun.

"Saya ada dengar gosip ini apabila kawan-kawan saya ada telefon bertanyakan mengenainya. Saya tak mahu komen apa-apa kerana ianya memang tidak berlaku seperti yang dikatakan," katanya kepada murai.com.my

Bade ditemui selepas sidang media Anugerah Tribute P Ramlee musim kedua di Mega View, Menara Kuala Lumpur.

Terdahulu, satu laporan akhbar telah mendakwa Erma Fatima bakal memfailkan cerai terhadap suaminya.

Difahamkan melalui laporan tersebut, teman rapatnya yang mendedahkan rahsia itu dengan mendakwa tindakan Erma berikutan tekanan hidup bermadu dengan Aida Abdullah yang dikahwini Bade pada Mac lalu, selain wanita berkenaan kini hamil.

Menurut Bade lagi, dia tidk ambil pusing dengan gosip yang bertebaran kerana akui sudah masak dengan permainan industri hiburan.

Erma dan Bade telah berkahwin pada 30 November 1990 dan mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 21, Ahmad Arir, 19, Ahmad Aifin, 17, Citra, 12 dan Nurain kini berusia lapan tahun.murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top