Kamis, 28 Agustus 2014

Jep Sepahtu Kecewa Dituduh Sombong

Pelakon dan pelawak terkenal Jep Sepahtu atau nama sebenar Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, nyata kesal dengan isu dirinya dikatakan sombong dan kurang bergaul dengan rakan artis terutama pelawak.

Malah menurut Jep, munculnya isu itu memberi 1001 persoalan dalam dirinya dan dia tertanya-tanya dimana silapnya dan mencari punca mengapa perkara ini timbul kerana sepanjang 6 tahun bergelar anak seni dia yakin dia belum pernah menyakitkan hati orang lain.

“Saya tak tahu, kenapa isu ini timbul, adakah ia sengaja ditimbulkan atau cubaan memburuk-burukkan saya, ramai yang tanya saya terutama keluarga, saya mohon kepada individu yang cuba hangatkan isu ini sila berjumpa dengan saya dan kita bincang, macam ‘tak bestlah’ kenapa isu ini semakin menjadi-jadi,” katanya kepada Murai di Majlis Jelajah Superlawak FC di White Box Publika.

Menurut dia lagi, wartawan kerap telefon dirinya untuk menanyakan isu ini, memang dia akui tidak menjawab panggilan itu dan merasakan ianya tidak penting, kerana dia sendiri tidak ada jawapan lengkap untuk merungkaikannya.

“Saya tak tahu nak jawab apa, kalau saya jawab ia akan menjadi bertambah rumit, saya pun tidak pasti adakah ia direka-reka atau memang sengaja menjatuhkan reputasi saya, gossip mengenai saya semakin banyak timbul setelah menang anugerah baru-baru ini, “ ujarnya.

Mengenai isu yang dia dipinggirkan oleh rakan-rakan pelawak, dia merasakan ianya tidak benar kerana dia akan bergaul ketika waktu bekerja sahaja, selepas tamat bekerja dia lebih suka buat hal sendiri atau pulang ke kampung halaman di Kulai Johor.

“Hubungan saya dengan rakan pelawak lain baik sahaja, saya layan mereka baik, mereka layan saya pun baik juga, kalau nak kata saya sombong, bermasalah atau apa-apa persepsi negatif saya rasa ianya amat tidak benar. Saya melawak ketika berada di pentas sahaja, di bawah pentas saya adalah individu biasa yang menjalani kehidupan harian yang sama seperti orang lain.”

Jep pernah terfikir untuk kembali ke kehidupan asal dan merasakan kehidupan itu lebih membuatkan dirinya tenang dan bergerak bebas namun setelah difikirkan semula dengan tenang, lumrah menjadi anak seni, gossip, kegembiraan, kesedihan dan kejayaan adalah asam garam kehidupan anak seni..murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top