Rabu, 20 Agustus 2014

Kajol-Shah Rukh Khan Kembali Dalam Bollywood Blockbuster Terbaharu?


Apa akan jadi sekiranya pasangan hero-heroin serasi, Kajol dan Dato' Shah Rukh Khan muncul sekali lagi dalam filem terbaharu?

Jawapannya, sudah tentu filem tersebut akan menjadi sebuah filem blockbuster dan kemunculan mereka memang sentiasa dinanti-nantikan.

Apatah lagi mereka memang dikenali sebagai antara pasangan layar perak yang terbaik yang pernah dihasilkan oleh sinema Bollywood.

Tidak hairanlah kalau ramai di antara pengarah filem di Bollywood yang sentiasa memasang impian untuk terus menemukan mereka di layar lebar.

Tapi, ia tidak semudah yang disangka kerana penglibatan Kajol di dalam bidang lakonan sudah tidak seperti dulu dan antara halangannya adalah suaminya, Ajay Devgan.

Pun begitu, impian pengarah filem, Rohit Shetty untuk menghasilkan filem buat Kajol dan Shah Rukh Khan nampaknya bakal menjadi realisasi kerana Ajay Devgan dilaporkan adalah teman baiknya.

Ajay Deygan juga adalah antara pelakon yang membintangi filem arahannya, Singham Returns yang ketika ini sedang ditayangkan di panggung wayang di seluruh utara India.

Dalam perkembangan terbaru, Rohit Shetty sedang menyiapkan draft skrip filem terakhir buat Kajol dan Shah Rukh Khan dan berkemungkinan filem tersebut akan memulakan penggambarannya pada awal tahun 2015.

Pasti ini adalah berita yang terbaik buat peminat Kajol dengan Raja Filem Romantik, Shah Rukh Khan. Kali terakhir mereka berlakon bersama adalah menerusi filem My Name Is Khan pada 2010.

Terbaru mengenai Kajol pula, sepupu kepada aktres Rani Mukherjee ini sudah pun berada di Malaysia dan bakal menjayakan majlis pelancaran saluran BollywoodOne HD di ibu negara pada malam ini. murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top