Tampilkan postingan dengan label Dunia Hiburan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Dunia Hiburan. Tampilkan semua postingan

Selasa, 23 September 2014

Stacy Bengang Digelar Juri Juara Pekak Di #AF2014

 
Penyanyi Stacy yang dilahirkan daripada program Akademi Fantasia musim keenam telah menempa pelbagai kejayaan setelah menjadi juara beberapa tahun lalu. Murai Batu pun melihat Stacy tampil dengan gaya tersendiri serta genre muzik yang pelbagai telah dicubanya.

Terbaru yang Murai Batu perasan dia telah diangkat oleh produksi dan Akademi Fantasia untuk menjadi juri juara bagi program realiti tersebut yang memasuki musim terbarunya tahun ini. Bukan dia seorang tetapi dia telah ditemani Hafiz mengadili adik-adik baru mereka yang bakal dilahirkan daripada rancangan realiti ini.

Namun pada minggu lalu dilihat teguran dan komen beserta sindiran yang diberikan oleh Ramli M.S sebagai pengkritik tetap telah mengundang ketidakpuasan hati kepada Stacy. Seperti biasa pengkritik tersebut dikenali kerana mulutnya yang lancang itu serta kritikan yang pedas.

Murai Batu perasan apabila dia menggelar juri juara AF 2014 sebagai juri juara yang pekak dan ia telah mengundang Stacy memuatnaik status di laman sosial Twitter. Walaupun ada yang telah dipadamkan oleh penyanyi lagu Jahat itu namun Murai Batu menemukan juga status tersebut.



Entahlah, Murai Batu taka da nak komen apa sangat sebab masing-masing sudah kenal dengan mulut pengarah muzik tersohor itu. begitu juga Stacy pun mesti tahu dengan perangai Dato’ Ramli MS tetapi apakan daya dia juga manusia biasa.

Kalau Murai Batu pun akan terasa juga bila dikatakan pekak dan ia seakan menunjukkan yang kita tidak professional. Nak pula seorang juara dikata begitu, mana hati tak panas, betul tak? Oops!murai.com.

Hutang Den Wahab RM15,000, ND Lala Buat-Buat Lupa?


Pelakon Den Wahab sudah malas untuk memikirkan dan mengharap wang sebanyak RM15,000 yang pernah dipinjam oleh penyanyi ND Lala, kira-kira 14 tahun lalu.

Bagaimanapun menerusi laporan mStar Online hari ini, Den Wahab berkata itu tidak bermakna dia sudah menghalalkan hutang tersebut walaupun setelah sekian lama tidak diselesaikan.

"Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang.

"Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada, Isnin.

Den atau nama sebenarnya Zaharudin Abdul Wahab berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kontroversi hutang yang dipinjam ND Lala sebanyak RM15,000 sekitar tahun 2000 bagi merakam lagu untuk sebuah parti politik.

Katanya, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu tidak pernah menghubunginya selepas berjanji memulangkan wang tersebut secara ansuran.

Malah, katanya, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52, cuba melarikan diri apabila ternampaknya di majlis hiburan.

"Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji.

"Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah.

"Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya," ujarnya.

Mengimbau waktu itu, Den berkata, dia sudah dinasihatkan rakan-rakan artis yang lain agar tidak membantu penyanyi tersebut.

Namun, dia tidak sampai hati dan sentiasa berfikiran positif untuk membantu sesama bangsa.

Dalam perkembangan lain Den turut mengulas tindakan Shila Amzah yang mempersoalkan kredibiliti media Melayu sebagai sesuatu perkara yang tidak mengejutkannya.

Tambahnya, sebagai artis berpengalaman dia menasihatkan agar penyanyi itu sedar tindakan yang dilakukan wanita itu akan merosakkan reputasinya sendiri.

"Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung.

"Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah," katanya.murai.com.

Ning Baizura Balas Dendam Kerana Tindakan Zainalabidin


Bukan suatu yang biasa buat dua penyanyi senior, Ning Baizura dan Zainalabidin apabila masing-masing saling berbalas-balas tindakan ketika membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) hujung minggu lalu.

Murai Batu difahamkan, Ning Baizura telah membalas tindakan Zainalabidin yang dikatakan sengaja melintas di atas pentas ketika diva Pop R&B itu sedang membuat persembahan ketika berlangsungya DFP Seni Festival 2014.

Kerana tindakan spontan Zainalabidin itu, penyanyi Ning Baizura juga telah membuat tindakan serupa apabila tibanya giliran penyanyi Hijua itu membuat persembahan tidak lama selepas itu.

Entah apa juga agenda yang cuba disampaikan oleh kedua-dua penyanyi berkenaan, itu Murai Batu kurang pasti.

Tapi apa yang Murai Batu faham, itu hanyalah tindakan jenaka yang dibuat oleh kedua-dua penyanyi berkenaan untuk persembahan masing-masing dalam mewujudkan sentuhan humor kepada peminat-peminat mereka.

Kejadian itu terjadi apabila Ning Baizura terpaksa mendendangkan satu lagu tambahan atas permintaan penonton yang memenuhi dewan DFP.

Pada hal hakikatnya, sudah tiba masanya untuk Zainalabidin membuat persembahan. Tetapi kerana itu Zainalabidin terpaksa membiarkan pentas itu diberikan kepada Ning Baizura buat sementara waktu.

Oleh kerana Ning Baizura disifatkan telah mencuri slot Zainalabidin, maka penyanyi lelaki berkaliber itu telah membuat satu jenaka spontan yang kemudiannya diikuti Ning Baizura pula apabila tiba masanya dia membuat persembahan.

Kelakar kan? Inilah ragam penyanyi-penyanyi senior kita.

Bagi Murai Batu, humor yang disampaikan Zainalabidin dan Ning Baizura memang menjadi dan telah membuatkan ramai penonton ceria dan tertawa.

Harapan Murai Batu agar pihak DFP dapat menggabungkan Ning Baizura dan Zainalabidin sekali lagi dalam satu konsert bersama-sama tidak lama lagi.

Apatah lagi, apa yang Murai Batu dengar persembahan Ning Baizura telah mendapat tepukan gemuruh dan ‘standing ovation’ daripada tetamu yang hadir ke konsert akustika berkenaan. Bravo.murai.com.


Jep Sepahtu Bercinta Dengan Pelakon Jelita?



Hah susah betul nak dengar pasal cerita cinta pelawak Jep Sepahtu ni kan? Murai Batu sebelum ini memang ada pernah dengar cerita yang katanya Jep sudah punya kekasih tetapi masih berahsia apabila ditanya media.

Dek kerana Murai Batu tidak tahu kesahihannya jadi Murai Batu sebelum ini tidak lah percaya sangat dengan cerita-cerita yang disebarkan itu sehinggalah Murai Batu lihat dengan mata kepala Murai Batu sendiri baru-baru ini ketika berkunjung ke sebuah medan selera.

Ceritanya begini Murai Batu ketika itu sedang makan bersama rakan-rakan Murai Batu namun tiba-tiba seorang rakan Murai Batu bertanya kepada Murai Batu adakah benar dia ternampak Jep Sepahtu yang baru tiba di medan selera tempat kami makan itu.

Murai Batu pun segeralah pandang, dan memang tak silap lagi lah memang Jep yang kini badannya agak sedikit menyusut. Pada mulanya Murai Batu nampak dia seperti datang seorang ke medan selera itu tetapi bila dia duduk sahaja Murai Batu lihat dia bersama dengan seorang wanita di satu meja yang sama hanya berdua sahaja.

Dari jauh Murai Batu sendiri tidak perasan wajahnya kerana meja mereka berpaling dari meja Murai Batu. Tidak mengapalah kerana selepas itu Murai Batu pun terus tidak hairankan mereka kerana Murai Batu pun lapar sangat masa tu dan terus menghabiskan makanan ketika itu.

Namun dari jauh mereka kelihatan mesra sambil ketawa-ketawa ketika makan bersama. Wah nampak seperti pasangan kekasih pula bila lihat mereka berdua bermesra. Tapi tidak pastilah sama ada wanita itu kekasihnya atau teman kerana kalau teman biasa nampak lain macam sahaja.

Ketika Murai Batu dan rakan-rakan hendak pulang kami pun berjalan pulang melaui sebelah meja mereka kerana ianya memang laluan untuk keluar dari medan selera itu. Sekali pandang wajah wanita itu Murai Batu seperti pernah melihatnya di dalam televisyen dan memang tak silap lagi dia memang seorang pelakon tetapi rasanya baru lagi dalam industri malah Murai Batu dan rakan pun tidak dapat mengesan namanya.

Wah kali ini Murai Batu semakin percaya dengan khabar angin yang disampaikan selama ini. Yelah Murai Batu lihat Jep tidak habis-habis mengukirkan senyuman bahagia sahaja dengan wanita yang agak jelita itu. Untunglah Jep.

Apa-apa pun Murai Batu doakan agar segeralah Jep mendirikan rumahtangga dan pasti ramai peminatnya turut gembira melihat pelawak pujaan mereka bahagia.murai.com.

Rabu, 17 September 2014

SuperMokh Datang Bantu Saya Dalam Mimpi - Awie

Penyanyi dan pelakon popular, Awie akui gementar untuk membawakan watak lagenda bola sepak, Datuk Mokhtar Dahari atau SuperMokh.

Sungguhpun pementasan SuperMokh Restaging merupakan kali kedua dia melakonkan watak Supermokh, perasaan gemuruh tetap ada di dalam dirinya.

“Pada tahun lalu, saya memang betul-betul takut untuk membawakan watak SuperMokh, tetapi selepas Hans Isaac meyakinkan saya, akhirnya saya bersetuju untuk menerima tawaran darinya.

“Tetapi, selepas itu saya selalu terfikir tentang perkara tersebut dan saya telah membuat kajian untuk mengenali dengan lebih dekat lagenda bola sepak negara itu.

“Sehinggakan pada suatu malam selepas saya menonton perlawanan bola sepak yang melibatkan SuperMokh, saya tertidur kira-kira jam 4 pagi.

“SuperMokh hadir dalam mimpi saya ketika itu. Dia tolong saya, dia tunjukkan saya cara bermain bola dan daripada situ saya dapat belajar mengenai SuperMokh,” katanya.

Namun, kajian Awie tidak berakhir di situ sebaliknya dia terus pergi berjumpa dengan isteri SuperMokh, Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim.

Selain itu, Awie turut bertemu dengan sahabat-sahabat Allahyarham untuk tahu lebih lanjut tentang peribadi pemain bola sepak handal itu.

“Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan kerjasama dan maklum balas yang baik daripada sahabat-sahabat SuperMokh dan akhirnya saya bawa apa yang saya ‘dapat’ ke atas pentas,” ujarnya mengimbas pengalaman lepas.

Awie ditemui pada majlis pratonton teater muzikal SuperMokh Restaging di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Isnin.

Tambah Awie lagi, untuk pementasan kali ini dia agak tertekan kerana bimbang jika tidak berjaya memberi kepuasan kepada para peminat terutama ahli keluarga SuperMokh.

“Pada pementasan sebelum ini, ramai yang datang kepada saya dan memberitahu mereka berpuas hati dengan watak SuperMokh yang saya bawa.

“Jadi untuk SuperMokh Restaging ini, saya agak risau kalau-kalau penyampaian saya tak seperti yang diharapkan. Itu paling mencabar buat saya kali ini,” katanya.

SuperMokh Restaging sudah mula dipentaskan di Istana Budaya sejak Isnin lalu dan akan berakhir pada 21 September depan.murai.com.

Fitri Zainal Bakal Kahwini Nurul Tahun Depan

 
Pereka fesyen yang juga Bintang Akademi Fantasia 2, Fitri Zainal, 35, mengaku sudah bertunang dan bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangannya yang dikenali sebagai Nurul, 28 tahun depan.

Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Fitri Zainal berkata dia sama sekali tidak menyangka pertemuan di Kuantan, Pahang lebih setahun lalu telah membawa bibit-bibit percintaan sehingga termetrai tali pertunangan pada Syawal ke-5 yang lalu.

“Kami telah bertunang pada hari raya ke-5 yang lalu dan InsyaAllah kami akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. Tak pasti lagi bila, sama ada sebelum atau selepas hari raya. Tapi saya akan maklumkan kelak. 


 
“Pada awalnya, keluarga saya hanya datang bertemu keluarganya di Kuantan untuk merisik, tetapi selepas berbincang dan menghormati keluarga kedua-dua belah pihak, kami mengambil keputusan untuk terus bertunang.

“Bagi saya biarlah majlis perkahwinan saya itu nanti ringkas tetapi apa yang penting agar ianya akan diingati oleh kami berdua sampai bila-bila,” katanya yang kini menguruskan label fesyen Just FZK bersama-sama tunangannya itu.

Berkongsi bagaimana dia dipertemukan dengan tunangannya itu, kata Fitri Zainal, dia cukup bertuah kerana Nurul juga merupakan graduan dalam jurusan fesyen di UiTM.



Walaupun jurang usia antara mereka berdua agak berbeza, namun jelasnya, mereka telah ditakdirkan bertemu di Kuantan ketika mereka sama-sama berkhidmat di sebuah syarikat fesyen di bandar berkenaan.

“Ketika itu kami sama-sama bekerja sebagai pereka fesyen jemputan di sebuah syarikat di Kuantan. Pada awalnya kami hanya berkawan, tapi lama- kelamaan hubungan kami menjadi akrab dan timbul perasaan cinta.

“Buat masa sekarang, kami sama-sama menguruskan jenama fesyen Just FZK walaupun kadang-kadang dia (Nurul) terpaksa pulang ke Kuantan dan saya pula perlu di sini.

“Bagi saya, Nurul seorang yang sangat penyanyang dan setiap kali bersama dengannya adalah detik cukup istimewa buat saya. Memang cukup sukar untuk saya ungkapkan perasaan ini dan betapa bertuahnya saya memilikinya,” katanya.

Jelas Fitri Zainal, selain berkongsi banyak persamaan dan hobi, pasangan berbintang Virgo itu juga yakin, minat yang mendalam dalam dunia fesyen memberi kelebihan untuk mereka berkembang maju sebagai pasangan duo.murai.com.

Dafi Tunjuk Belang Di Hadapan Peminat Pulau Pinang



Meskipun kegemilangan Bintang Akademi Fantasia 5, Gadafi Ismail Sabri atau Dafi tidak sehebat seperti mana selepas dia keluar dari program realiti berkenaan, namun tiada siapa yang boleh menafikan kehebatannya.

Kelibat Dafi yang tampil di dewan utama ibu pejabat LivYoung di Pulau Pinang baru-baru ini telah menarik perhatian ratusan peminatnya, tak kira dari kelompok golongan muda mahupun berusia.

Telah dilantik sebagai duta korporat jenama makanan kesihatan dan penjagaan kulit LivYoung untuk tempoh 10 tahun, Dafi telah menghiburkan peminatnya dengan beberapa lagu termasuk lagu balada terbarunya, Dalam Hati Ini. 





Terserlah pengalamannya sebagai seorang penyanyi dan juga penghibur muda apabila Dafi sanggup serta langsung tidak gugup dikeremuni oleh ratusan peminatnya sambil menyanyi dan bergambar seiringan.

Lihatlah sahaja video yang dirakamkan portal murai.com.my ini. Dafi bukan sahaja mampu menyanyi, malah menari, berdiri di atas kerusi dan merakamkan gambar kenang-kenangan bersama-sama.

Tindakan Dafi itu membuktikan, dia sememangnya hebat dan popularitinya sebagai salah seorang penyanyi lelaki kesayangan ramai tidak pernah tergugat.murai.com.

Minggu, 14 September 2014

Wow! Cunnyer Anak Mr. Bean ni...

 Rowan Atkinson, pelakon komedi dikenali melalui peranan lucunya sebagai Mr Bean. Ternyata, Mr Bean sudah mempunyai anak perempuan yang sudah beranjak remaja dan cantik jelita. Tidak seperti ayahnya, Lily Atkinson mewarisi wajah  ibunya, Sunetra Sastry.

 Lily mula menarik perhatian media selepas dirinya mendampingi ayahnya dalam tayangan perdana Johny English Reborn di London, 2011 lalu. Saat itu, Lily yang baru berusia 16 tahun dan tampil menawan dengan mengenakan kasut boots dan baju pendek.

 Rupanya Lily mengikuti jejak ayahnya di dunia seni . Pada 2004, dia tampil dalam filem keluarga berjudul Tooth. Tiga tahun berselang, Lily ikut berlakon bersama Rowan Atkinson di filem Mr Bean 's Holiday. Sejak saat itu, Lily sudah mula jarang terlibat dalam pembuatan filem. Dia kembali muncul di hadapan awam dalam acara Goodward Festival pada Jun lalu bersama sahabatnya, Lord Settrington.
 
Rowan Atkinson (59 tahun) mempunyai dua orang anak dari isterinya Sastry. Selain Lily, mereka juga mempunyai anak lelaki bernama Benjamin yang kini berusia 20 tahun. Atkinson dan Sastry berkahwin pada 1990 dan berpisah pada Februari lalu.

Kamis, 04 September 2014

Hubungan Cinta Shahrul & Adira (AF8) Dapat Restu

 

Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin mengakui keluarganya merestui percintaannya dengan penyanyi Adira.

Shahrul, 28, berkata, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 23, sudah pun bertemu dengan keluarganya dan mereka cukup senang dengan penyanyi itu yang ramah selain bijak mengambil hati kedua-dua orang tuanya.

"Adira bukan sahaja peramah tetapi dia pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.

"Alhamdulillah, itu membuatkan ibu saya cukup senang dengannya. Malah keluarga saya sangat menyayangi dia. Selain itu saya juga sudah bertemu keluarganya di Sabah," katanya.


Shahrul ditemui pada majlis pelancaran kempen Salute Malaysia di Universiti Kuala Lumpur di sini pada Rabu.





Dalam pada itu, Shahrul sudah bersedia untuk melamar bekas peserta Akademi Fantasia musim ke lapan (AF8) itu sebagai isteri, namun kerana kesibukan kerja masing-masing membuatkan hasrat berkenaan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Tambahan pula mereka masih lagi muda dan mungkin merancang akan menamatkan zaman bujang dalam masa dua atau tiga tahun lagi.

"Saya rasa bila dah kahwin, kita perlu fokus pada keluarga pula dan kerja berada di tempat kedua.

"Jadi mana-mana kerja yang membabitkan masa saya sepenuhnya, saya utamakan dahulu. Saya tak mahu terlalu sibuk sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga pula," ujarnya.

Sementara itu, ditanya pula mengenai penghijrahan imej Adira dengan memakai tudung dia bersyukur dengan penampilan baharu kekasihnya itu.

Kata Shahrul, sebelum ini dia pernah meluahkan hasrat untuk melihat Adira bertudung, namun tidak memaksa penyanyi itu berumah imej dengan segera.

"Apa yang saya boleh katakan, Alhamdulillah, saya bersyukur kerana doa saya ingin melihat Adira bertudung dimakbulkan.

"Saya tak pernah pun paksa dia. Tetapi saya cuma bercakap dengannya yang saya suka jika dia bertudung.

"Kalau nak tahu, Adira seorang yang suka dibimbing dan diberi nasihat. Dia senang dididik," tuturnya.mstar.com.

Top