Rabu, 17 September 2014

Dafi Tunjuk Belang Di Hadapan Peminat Pulau Pinang



Meskipun kegemilangan Bintang Akademi Fantasia 5, Gadafi Ismail Sabri atau Dafi tidak sehebat seperti mana selepas dia keluar dari program realiti berkenaan, namun tiada siapa yang boleh menafikan kehebatannya.

Kelibat Dafi yang tampil di dewan utama ibu pejabat LivYoung di Pulau Pinang baru-baru ini telah menarik perhatian ratusan peminatnya, tak kira dari kelompok golongan muda mahupun berusia.

Telah dilantik sebagai duta korporat jenama makanan kesihatan dan penjagaan kulit LivYoung untuk tempoh 10 tahun, Dafi telah menghiburkan peminatnya dengan beberapa lagu termasuk lagu balada terbarunya, Dalam Hati Ini. 





Terserlah pengalamannya sebagai seorang penyanyi dan juga penghibur muda apabila Dafi sanggup serta langsung tidak gugup dikeremuni oleh ratusan peminatnya sambil menyanyi dan bergambar seiringan.

Lihatlah sahaja video yang dirakamkan portal murai.com.my ini. Dafi bukan sahaja mampu menyanyi, malah menari, berdiri di atas kerusi dan merakamkan gambar kenang-kenangan bersama-sama.

Tindakan Dafi itu membuktikan, dia sememangnya hebat dan popularitinya sebagai salah seorang penyanyi lelaki kesayangan ramai tidak pernah tergugat.murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top