Rabu, 17 September 2014

Fitri Zainal Bakal Kahwini Nurul Tahun Depan

 
Pereka fesyen yang juga Bintang Akademi Fantasia 2, Fitri Zainal, 35, mengaku sudah bertunang dan bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangannya yang dikenali sebagai Nurul, 28 tahun depan.

Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Fitri Zainal berkata dia sama sekali tidak menyangka pertemuan di Kuantan, Pahang lebih setahun lalu telah membawa bibit-bibit percintaan sehingga termetrai tali pertunangan pada Syawal ke-5 yang lalu.

“Kami telah bertunang pada hari raya ke-5 yang lalu dan InsyaAllah kami akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. Tak pasti lagi bila, sama ada sebelum atau selepas hari raya. Tapi saya akan maklumkan kelak. 


 
“Pada awalnya, keluarga saya hanya datang bertemu keluarganya di Kuantan untuk merisik, tetapi selepas berbincang dan menghormati keluarga kedua-dua belah pihak, kami mengambil keputusan untuk terus bertunang.

“Bagi saya biarlah majlis perkahwinan saya itu nanti ringkas tetapi apa yang penting agar ianya akan diingati oleh kami berdua sampai bila-bila,” katanya yang kini menguruskan label fesyen Just FZK bersama-sama tunangannya itu.

Berkongsi bagaimana dia dipertemukan dengan tunangannya itu, kata Fitri Zainal, dia cukup bertuah kerana Nurul juga merupakan graduan dalam jurusan fesyen di UiTM.



Walaupun jurang usia antara mereka berdua agak berbeza, namun jelasnya, mereka telah ditakdirkan bertemu di Kuantan ketika mereka sama-sama berkhidmat di sebuah syarikat fesyen di bandar berkenaan.

“Ketika itu kami sama-sama bekerja sebagai pereka fesyen jemputan di sebuah syarikat di Kuantan. Pada awalnya kami hanya berkawan, tapi lama- kelamaan hubungan kami menjadi akrab dan timbul perasaan cinta.

“Buat masa sekarang, kami sama-sama menguruskan jenama fesyen Just FZK walaupun kadang-kadang dia (Nurul) terpaksa pulang ke Kuantan dan saya pula perlu di sini.

“Bagi saya, Nurul seorang yang sangat penyanyang dan setiap kali bersama dengannya adalah detik cukup istimewa buat saya. Memang cukup sukar untuk saya ungkapkan perasaan ini dan betapa bertuahnya saya memilikinya,” katanya.

Jelas Fitri Zainal, selain berkongsi banyak persamaan dan hobi, pasangan berbintang Virgo itu juga yakin, minat yang mendalam dalam dunia fesyen memberi kelebihan untuk mereka berkembang maju sebagai pasangan duo.murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top