Rabu, 03 September 2014

Kenapa Aeril Terus Cari Pasal Dengan Saya? - David Teo



Produser filem terkenal, David Teo tidak faham mengapa Aeril Zafril masih lagi terus memperbesarkan isu kereta Suzuki Swift yang dikatakan ‘hilang’ itu sedangkan sudah terang lagi bersuluh kereta itu adalah hak milk MIG Production.

Jelas David menerusi laman MIG Online, dia amat sangat pelik mengapa Aeril mohon dipulangkan semula barang miliknya sedangkan kereta itu adalah syarikat MiG yang telah dipinjamkan secara sewa beli kepada Wawa Zainal dan bukannya Aeril.

“Pihak syarikat sendiri pernah menghantar surat rasmi pada 12 Februari 2014 menjemput Wawa Zainal datang ke pejabat untuk menyelesaikan urusan kerja, projek terbaru & kereta tersebut, sekiranya Wawa Zainal benar ingin membeli kereta tersebut dari pihak syarikat,” kata David.

Namun surat tersebut telahpun dibalas oleh Wawa Zainal pada 18 Februari 2014 yang dengan tegas mendakwa dirinya kini keluar dari pengurusan MiG untuk bergerak sendiri.

Wawa Zainal kini tiada kena mengena, tidak perlu dicari dan dihubungi lagi oleh pihak pengurusan walaupun Wawa Zainal masih ada kontrak dengan MiG sehingga 2015.

“Saya tidak faham kenapa masih lagi lemparkan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dibuat oleh Aeril menerusi laman sosial, buat masa sekarang saya masih lagi bertolak ansur walaupun syarikat sebenarnya boleh ambil tindakan undang-undang namun kesabaran saya ada hadnya.” jelas penerbit itu.

David juga memberi peluang kepada pasangan itu datang ke pejabat dan berbincang secara jujur, ikhlas dan betul. Tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan kerana David telah menganggap mereka seperti anak sendiri serta mendoakan kebahagiaan mereka berjaya di bidang yang mereka ceburi.

Dalam perkembangan lain, MV ‘Kacang’ nyanyian Mejar (K) David Teo dahpun mencecah 130,000 penonton & terima kasih kepada para media cetak, elektronik, blogger serta para peminat yang terus menyokong filem dan produk keluaran MiG.murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top