Pelawak terkenal tahun 90-an, Azlee Senario baru-baru dikhabarkan terlantar di wad Hospital Pakar Damansara akibat masalah batu dalam hempedu.
Menurut isteri Azlee, Aslinda Ayob, suaminya itu kini stabil dan telah pun dibenarkan pulang pada Rabu yang lalu.
“Alhamdulillah keadaan suami saya dalam keadaan tahap yang baik berbanding sebelum ini. Namun Azlee perlu banyak ‘berpantang’. Dia perlu berehat 2 hingga tiga minggu daripada melakukan sebarang aktiviti lasak dan jaga pemakanan.
“Bulan September depan mungkin Azlee akan jalani pembedahan kerana batu dalam hempedu itu sudah merebak ke saluran pankreas,” ujar Aslinda seperti dipetik menerusi Sinar Harian.
Dalam pada itu, Aslinda menjelaskan Azlee tidak pernah tahu yang dia menghidap penyakit batu dalam hempedu selepas mengadu sakit sepanjang bulan Ramadhan.
“Kami berkali-kali ke hospital tetapi doktor tidak dapat mengesahkan apa-apa penyakit. Apabila sakit itu menyerang lagi pada hari raya, Azlee buat pemeriksaan di Hospital Pakar Damansara dan terus ditahan dalam wad,” tambahnya lagi.
Jelas Aslinda lagi, suaminya itu turut menhidap penyakit darah tinggi sejak setahun yang lalu.murai.com.
0 komentar:
Posting Komentar