Seorang lelalki Hawaii dinobatkan gelaran manusia dengan lubang cuping telinga paling besar sehingga mampu memuatkan tangan manusia.
Kala Kaiwi yang juga pakar tatu mempunyai cuping telinga dengan diameter lubang sebesar 4.3 inci selain badannya turut dipenuhi pelbagai tatu serta ‘hiasan’ lain.
Kaiwi baru pulang dari Milan, Itali di mana dia menerima anugerah berkenaan dan ramai juga tertanya-tanya sama ada dia bermasalah melalui sistem keselamatan di lapangan terbang disebabkan pelbagai besi yang turut menembusi wajah serta tubuhnya.
Selain cuping telinga, Kaiwi turut mempunyai tanduk silikon ditanam di kepalanya, subang gergasi pada kedua-dua belah hidungnya, ketulan besi di seluruh wajahnya selain bulu kening ditatu.
Malah, dia turut membelah lidahnya menggunakan flos gigi dan ‘sesungut’ besi yang tajam di atas dahinya.
Kaiwi mendapat latihan di Las Vegas pada 1999 sebelum pulang ke Hawaii dan membuka kedainya, Sin City Body Modification and Tattoo shop.
Perbuatan membesarkan lubang cuping telinga semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Amalan yang sebelum ini banyak dilihat dalam kalangan masyarakat orang asli dan mengikut sejarah, ia juga pernah dilakukan firaun terkenal Mesir Tutankhamen.
Namun, pada zaman ini kita lebih berkemungkinan melihat orang kebanyakan di Barat mengamalkan perbuatan ini berbanding golongan diraja.
Ia mula menjadi fesyen tersendiri selepas dilihat pada Otzi the Ice Man yang dipercayai berasal dari 3300 sebelum masihi dan mumia paling tua ditemui pada 1991 di pergunungan Alps.- .hmetro.com.
0 komentar:
Posting Komentar