Pelbagai cara yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sebagai tanda sokongan kepada Gaza dan Palestin yang menjadi magsa kekejaman Zionis.
Selebriti tempatan juga tidak ketinggalan menunjukkan tanda sokongan mereka.
Jika sebelum ini Afdlin Shauki ada berkongsi pendapat dan tentang boikot, pengacara Wardina Safiyyah juga ada cadangan yang tersendiri sebagai tanda protes.
Baru-baru ini di laman Facebook miliknya, Wardina telah memuat naik status yang menyeru agar semua artis di Malaysia menamatkan kontrak dengan sebarang jenama yang membantu Israel, sama ada secara langsung ataupun tidak.
"Spread this... Enough silence. Panggilan buat semua artis Malaysia untuk menamatkan kontrak dengan sebarang 'jenama' yang membantu Israel secara langsung atau tidak langsung membunuh saudara kita seperti binatang. Yes even if they pay a lot... panggilan buat semua peminat memberi tekanan kepada artis kegemaran mereka memboikot menjadi duta produk yang bersangkutan dengan Israel. Panggilan untuk saya juga. We end this here. Bungkus balik your company and go back to where you belong not here..Not in our name..not on our land.. we don't need you....we don't want you. YOU need us. Cukuplah jadi bahan media..terpujuk dan tertipu dengan iklan mereka. I should know.. We can do this Malaysia..."
Status yang dimuat naik pada 4 Ogos itu mendapat sokongan ramai apabila memperoleh lebih 2,100 jumlah likes dan telah dikongsi oleh 129 pelayar Facebook setakat ini.
Rata-rata mereka memuji tindakan yang dilakukan oleh Wardina walaupun masih ada juga segelintir yang mempersoalkan kerasionalan untuk memboikot produk daripada jenama Israel.murai.com.
0 komentar:
Posting Komentar