Kamis, 07 Agustus 2014

Talha Harith Syak Rakan Artis Hantar Ilmu Hitam


Setelah menjalani perubatan tradisional apabila kali kedua terkena buatan orang, pelakon Talha Harith, 25, akui telah mengesyaki ianya perbuatan rakan artis yang juga rakan baiknya.

Talha Harith berkata dia mengetahuinya selepas diberitahu oleh seorang rakan bapanya yang sudah lama terlibat dalam bidang perubatan tradisional.

“Selepas beransur pulih daripada ilmu hitam kali pertama sebelum itu, datang pula penyakit aneh lain yang mana saya muntah-muntah secara mendadak sehingga tidak boleh makan dan minum.

“Kemudian, seorang rakan bapa saya menghubungi bapa saya dan bertanyakan tentang saya lalu menyuruh saya pergi berubat kerana dia beritahu ada dikalangan rakan baik cemburu dengan saya.

“Bila dia kata begitu saya syak seorang rakan baik saya yang memang pernah berkata tentang perasaan tidak senang hati dengan apa yang saya dapat sekarang.

“Dia akui cemburu dengan peluang yang saya dapat sedangkan dia kurang bernasib baik,” katanya yang tidak mahu mendedahkan gerangan artis yang dimaksudkan.

Talha Harith ditemui dalam majlis ramah mesra drama bersiri Plan B untuk Slot Aksi di TV3 baru-baru ini.

Bagaimanapun, Talha berkata, dia masih lagi dalam proses pemulihan dan kesihatannya ketika ini semakin baik.

Dia akui, pengalaman menderita terkena ilmu hitam itu mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalan melakukan segala hal yang melibatkan individu lain.

Plan B bakal bersiaran bermula 19 Ogos depan setiap Selasa pukul 10 malam di TV3. Antara pelakon yang terlibat ialah Nur Risteena, Syukri Yahaya, Zoey Rahman dan Beto Kusyairy.murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top