Rabu, 13 Agustus 2014

Kareena Berang Bila Diaju Soalan Mengenai Karisma Kapoor

Setelah bercerai dengan suaminya bulan Jun yang lalu, banyak gosip mula bertebaran mengenai Karisma Kapoor yang kononnya mula mendekati beberapa orang jejaka untuk menghilangkan rasa kesunyian.

Meskipun Karisma sendiri tidak pernah memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai khabar angin yang bertiup kencang, adiknya Kareena Kapoor pula yang mula bosan dan naik angin apabila sering diajukan soalan yang keterlaluan melibatkan kakaknya itu.

Terbaru, Kareena Kapoor berang dengan pihak media selepas ada diantara mereka mengajukan soalan benarkah Karisma bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka tidak lama lagi.

“Lebih baik berpisah dan hidup dengan tenang daripada terus bersama dan sering bertengkar. Lolo (nama timangan Karisma) tidak akan bernikah dalam masa terdekat dan sila jangan ajukan soalan-soalan sebegini.

“Proses penceraian masih belum selesai lagi dan dia masih lagi trauma dengan apa yang berlaku,” tegas Kareena Kapoor kepada pihak media.

Kareena sememangnya seorang yang sangat sensitif dan sering melindungi kakaknya dari menjadi mangsa berita palsu pihak media di India. Malah dia meminta suaminya, Saif Ali Khan untuk menjadi saksi dalam proses penceraian Karisma dengan bekas suami,Sunjay Kapoor.

“Saif seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dan dia sering menjaga keselamatan kami,” ujar Kareena lagi.

Karisma Kapoor kini sedang sibuk dengan projek filem terbarunya. Pasca berpisah dengan Sunjay, Karisma kembali tinggal di Mumbai bersama dua orang anaknya Samiera Kapoor dan Kiaan Raj Kapoor.murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top