Pelakon dan pengarah filem Farid Kamil akui kurang percaya dengan pembantu rumah terutama dalam hal menguruskan anaknya yang masih kecil, Muhammad yang kini berusia 13 bulan.
“Saya memang ada pembantu rumah, tetapi tidak menjaga Muhammad sepanjang masa kerana saya dan Diana telah berkeputusan untuk menjaganya secara bergilir-gilir. Sekiranya saya ada urusan kerja, Diana akan menjaga Muhammad, apaila Diana ada urusan saya yang akan menjaganya,” katanya kepada Murai ditemui di majlis Pra Tonton ‘Kem Cuci Tangan’ yang disiarkan di Hypptv di Subang Jaya.
Menurutnya lagi, pembantu rumahnya baru diambil bekerja dan lebih memfokuskan kepada kerja-kerja mengemas dan kerja-kerja harian yang lain. Sekiranya perlu, barulah pembantu rumahnya akan menjaga Muhammad dalam tempoh yang tidak lama hanya sekitar satu jam sahaja.
Dalam pada itu, Farid juga akui ada menerima tawaran agar anaknya menjadi model iklan bagaimanapun terpaksa ditolak kerana masanya belum sesuai dan belum berkeputusan untuk berbuat demikian.
“Saya memang tidak mahu anak saya dijadikan mana-mana iklan di dada-dada akhbar mahupun di media elektronik, saya mahu besarkan Muhammad seperti anak-anak yang lain tanpa sebarang elemen ‘public figure’,” ujarnya.murai.com.
0 komentar:
Posting Komentar