Penyanyi hitam manis Nurul Wahab Depp berasa sangat teruja dan bersyukur dengan kehamilan yang kedua bersama suami tercinta Ericc Depp dan pengumuman itu di buat menerusi video rakamannya dan di muat naik di You Tube dan blognya sendiri.
“Saya terpaksa mengunakan Bahasa Melayu untuk mengumumkan kehamilan saya yang kini sudah berusia 12 minggu ini bagi mengelak keluarga mertua saya tahu kerana hendak bagi ‘suprises’ dekat mereka,” katanya menerusi video itu.
Menurutnya lagi berita baik ini akan diberitahu sendiri kepada keluarga mertuanya kerana beliau dan suami akan terbang ke Perancis pada bulan depan. Nurul dapat merasakan kegembiraan mereka setelah di beritahu berita baik ini.
“Saya mengunakan rakaman video ini untuk memberitahu mengenai kehamilan saya kerana amat memudahkan dan cepat serta mengikuti perkembangan teknologi media sosial yang kian berkembang,” Katanya.
Anak pertamanya Zachary Depp bakal menjadi abang tidak lama lagi dan keluarga Nurul semaki n bertambah dan diharapkan kandungan Nurul sihat dan selamat.murai.com.
0 komentar:
Posting Komentar