Barangkali ramai yang beranggapan bahawa Kim Kardashian adalah seorang wanita yang gemar mengongkong pasangan hidupnya.
Hakikatnya, kenyataan itu adalah salah sama sekali kerana suaminya, Kanye West yang sebenarnya lebih suka mengongkong serta mahu membuat segala keputusan buat dirinya.
Kanya West, 37, yang telah mengahwini bintang realiti berusia 33 tahun itu, dalam satu majlis perkahwinan yang cukup meriah dan besar-besaran pada bulan Mei baru-baru ini, dikatakan sangat menginginkan Kim Kardashian menjadi seorang isteri yang sempurna.
Disebabkan itu, dia mula mengongkong kehidupan Kim Kardashian. Rapper yang juga bintang The Bound 2 ini juga dikatakan telah mengarahkan Kim Kardashian untuk berhenti tersenyum di hadapan jurugambar setiap kali mereka keluar bersama.
"Kanye sentiasa mengongkong Kim dalam apa jua situasi dan keadaan. Memang itu personalitinya. Sebab dia mahu Kim jadi seorang isteri yang sempurna.
"Dulu-dulu, anda akan lihat Kim sentiasa tersenyum setiap kali gambarnya diambil. Sekarang ini, tidak lagi, dia akan tampil dengan muka yang selamba saja,' kata satu sumber.
Sikap Kanye West yang gemar mengongkong itu menyebabkan Kim sudah mual hilang keyakinan diri, malah dia juga seringkali tidak dapat membuat apa-apa keputusan, walaupun hal-hal yang kecil.
"Apabila Kanye tidak ada, Kim tak dapat membuat apa-apa keputusan. Kim akan hubungi Kanye bertanya adakah jenama barang yang dibelinya itu betul atau sesuai. Malah, untuk mendapatkan pewarna kukunya, dia mahu bertanyakan Kanye," kata sumber itu lagi.
Sebelum ini, Kim Kardashian pernah mengakui bahawa dia pernah menukar bajunya sekiranya Kanye tidak menyukai apa yang dipakainya itu.
Kim Kardashian dan Kanye West memiliki seorang anak perempuan, North West.murai.com.
0 komentar:
Posting Komentar