Pelakon popular Siti Shahrizah atau Eja mengalami kesukaran untuk tidur kerana masih trauma dengan kejadian samun atau rompakan yang berlaku di hadapan kediaman Noryn Aziz pada malam Rabu lalu.
Eja yang dihubungi portal murai.com.my sebentar tadi berkata, hampir dua hari dia tidak dapat melelapkan mata kerana masih terbayangkan insiden rompakan yang membabitkan dirinya dan anak kecilnya, Nur Eishal dan orang lagi teman rapatnya bersama anak kecil masing-masingnya.
“Alhamdullah, baru semalam saya dapat tidur dan merehatkan diri kerana terus terang saya masih trauma dengan kejadian itu.
“Bayangkan, perompak itu telah menghalakan parang ke muka saya dan menjerit supaya memberikan beg tangan saya dan kawan-kawan saya yang lain.
“Eishal yang turut terbabit dengan kejadian itu juga telah mengalami demam panas pada malam kejadian. Apatah lagi ini kali kedua dalam hidup saya yang pernah terbabit dengan kejadian rompakan seperti ini, “ katanya yang disulami dengan tangisan hiba.
Menurut Eja, pada tahun 1997 dia pernah menjadi mangsa rompakan bersiri di Seksyen 14, Petaling Jaya yang dikenali Rompakan Salon menyebabkan dirinya diikat dan mulut ditutup.
Selain Eja, dua orang lagi temannya Suhara ,Adrina bersama anak-anak kecil masing-masing dan pembantu rumah Suhara telah menjadi mangsa rompakan mengejut sekitar jam 9.45 malam di hadapan kediaman penyanyi popular Noryn Aziz.
Ketika kejadian, mereka baru sahaja selesai menghadiri majlis baby showe penyanyi Noryn Aziz dan sebaik sahaja keluar daripada pintu pagar mereka terpinga-pinga apabila dikejutkan dengan kehadiran empat perompak bersenjatakan parang.
Kata Eja, apa yang membuatkan dirinya tersentuh dan masih dalam ketakutan apabila empat perompak tidak berhati perut berkenaan turut membabitkan kanak-kanak kecil dalam misi rompakan berkenaan.
“Sejak kejadian itu, anak saya Eishal tidak putus-putus mengulangkan kejadian itu kepada saya dan sebagai kanak-kanak saya percaya kejadian itu akan sentiasa kekal di dalam fikiran mereka sampai bila-bila.
“Saya telah berpeluang melihat rakaman semula kejadian itu dan hati saya sebak dan ketakutan kerana tanpa disedari perompak berkenaan turut menghalakan parang kea rah anak Adriana. Kenapa mereka sanggup berbuat macam tu,” katanya yang seakan tidak percaya dengan kejadian berkenaan.
Mengibas kembali kejadian itu, Eja berkata dia tiada pilihan lain selain memberikan sahaja tas tangan di tangannya kepada salah seorang perompak berkenaan kerana memikirkan keselamatan anak dan rakan-rakannya yang lain.
Eja menganggarkan kerugian sebanyak RM20,000 selepas tas tangannya yang mengandungi beberapa barangan berharga, wang ringgit termasuk 2 telefon bimbit dan juga iPad.
“Bagi saya, mengapa mereka begitu tergamak membuat perkara ini kepada kami terutama sekali kanak-kanak kecil.
“Apatah lagi sekarang ini adalah bulan Syawal dan yang melakukannya itu adalah masyarakat daripada bangsa kita juga. Saya sangat sedih,” katanya yang telah menyerahkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.murai.com.
0 komentar:
Posting Komentar