Selasa, 05 Agustus 2014

Bakal Berpisah, Beyonce-Jay Z Tinggal Di Hotel Berasingan?

Desas-desus yang mengatakan bahawa rumahtangga pasangan Beyonce Knowles dengan Jay Z sedang berantakan semakin hebat diperkatakan.

Malah, pasangan yang disebagaikan sebagai power couple dan berpengaruh oleh Forbes ini juga dilaporkan telah tinggal di hotel yang berasingan sewaktu mereka menjayakan konsert jelajah mereka bersama.

Beyonce Knowles and Jay Z menginap di hotel yang berbeza tatkala menjayakan konsert jelajah dunia mereka yang digelar The Run pada saat rumahtangga mereka sedang berada di ambang kehancuran.

Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 2008 dan isu menipu dan curang adalah antara penyebab rumahtangga mereka kini dikatakan porak peranda.

"Mereka tidak hanya tinggal di bilik hotal yang berlainan, tetapi juga hotel yang berbeza, dan mereka datang secara berasingan setiap kali menjayakan persembahan," kata satu sumber.

"Pasangan ini bagaimanapun bijak melakonkan watak sebagai pasangan yang romantik di atas pentas, namun hakikatnya mereka mendapatkan khidmat sesi kaunseling menerusi video chatting.murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top