Tampilkan postingan dengan label Dunia Semasa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Dunia Semasa. Tampilkan semua postingan

Minggu, 14 September 2014

Fu Wengui, Remaja China Punyai Leher Terpanjang di China.

Fu Wengui, remaja yang tinggal di Beijing, China, menderita sebuah keadaan dimana lehernya lebih panjang dari orang normal. Remaja berusia 15 tahun ini akhirnya akan menjalani pembedahan leher.

Sebuah badan amal di Beijing telah bersetuju memberi sumbangan operasi untuk mengurangkan panjang leher Fu Wengui. Tidak hanya itu, badan amal tersebut menyediakan seorang doktor dari Hospital Chaoyang khusus untuk Fu Wengui.

Ketika berusia enam, Wengui didiagnosa mempunyai skoliosis atau kelainan pada rangka tubuh yang berupa kelengkungan tulang belakang. Ia juga mempunyai rongga dada yang berbeza dari orang lain.

"Skoliosis biasanya muncul pada ketika lahir. Kes Fu Wengui dikenali sebagai skoliosis bawaan," kata seorang jurucakap Perkhidmatan Kesihatan Nasional. "Skoliosis bawaan disebabkan oleh tulang belakang yang berkembang tidak normal di dalam rahim. Keadaan ini tidak berkaitan dengan hal-hal seperti postur tubuh yang buruk, latihan beban atau diet."

Sementara jumlah standard tulang di leher adalah 7, Fu Wengui justru mempunyai 10 tulang leher. Kelainan itu membuat ayah Fu Wengui merasa sedih melihat keadaan anaknya.

"Kelainan itu menekan tulang lehernya dan membuatnya sukar untuk berjalan," kata ayahnya, Fu Genyou. "Apabila dia pergi keluar, orang selalu ramai bercakap mengenainya."

Keluarga ini berharap pembedahan tersebut berjalan lancar, sehingga dapat meringankan ketidakselesaan yang dirasakan Fu Wengui. "Aku sangat berharap boleh mempunyai leher yang normal," kata  Fu Wengui.

 



Kamis, 28 Agustus 2014

Benarkah Hello Kitty Seekor Kucing? Jom Baca Untuk Maklumat Lanjut.



Sanrio, pemilik jenama Hello Kitty, secara terbuka menafikan bahawa produk bukan seekor kucing. Berita dari  AFP pada hari Khamis (2014/08/28), berkata penafian Sanrio diambil i dalam media sosial. Salah satu nota di media sosial itu mengatakan bahawa Hello Kitty punya produk makanan kucing.

"Hello Kitty adalah seorang gadis yang gembira dan ceria dan berhati mulia," begitu pernyataan rasmi syarikat berasal dari Jepun tersebut.

Tidak menafikan banyak kedengaran, nama Hello Kitty melekat di berbagai produk mulai dari pensil hingga baju tidur.

 Christine Yano, pakar antropologi dari Universiti Hawaii, yang mengaku mendapat koreksi dari Sanrio. Dalam salah satu tulisannya, kata Hello Kitty adalah watak kartun. Dia bukan kucing. Dia bukan seekor kucing. Dia tidak pernah berjalan dengan empat kaki. "Dia berjalan dan duduk seperti ciptaan yang mempunyai dua kaki," demikian catatan Christine Yano.

Untuk maklumat, tahun ini meraikan 40 tahun jenama Sanrio Hello Kitty.

Misteri Penemuan Puluhan Mayat Dibalut Plastik di Tasik Rweru.


Burundi-.Ada misteri dari penemuan puluhan mayat dibalut plastik yang dibuang di tasik di sempadan antara Burundi dan Rwanda. Kedua negara menyatakan puluhan mayat itu bukan rakyat  negara mereka.

Nelayan di Burundi mengatakan telah menemui 40 mayat terapung di Tasik Rweru sejak Julai 2014 .Mayat-mayat tersebut ditemui dengan keadaan tangan dan kaki terikat. Namun, jurucakap kerajaan tempatan berkata jumlah tersebut boleh jadi bertambah.
Setakat ini tidak ada petunjuk tentang motif atas pembunuhan itu dan identiti mangsa. Edouard Nduwimana, Menteri Burundi Dalam Negeri, yang dipetik oleh AFP, mengesahkan penemuan mayat dalam keadaan terikat. 

Selama seminggu terakhir, lima mayat dalam keadaan itu ditemui, berdasarkan kenyataan pejabat daerah. Pada Isnin (25/8/2014), pihak polis  dari Burundi dan Rwanda, mencari lagi tiga mayat, termasuk dua mayat yang diletak di dalam beg besar.

Nduwimana mengatakan pernyataan para nelayan bahawa mayat-mayat itu hanyut ke tasik dari Sungai Akagera yang berhilir di Rwanda, tetap belum dapat mengesahkan asal-usul mayat-mayat itu.

"Perlu disiasat untuk mengesahkan sama ada jasad-jasad ini berasal dari Rwanda atau  dari Burundi," kata Nduwimana. Pemerintah daerah setempat menyatakan para korban tidak berasal dari Burundi.

Namun, pada hari Selasa (26/8/2014),  pihak polis Rwanda juga
juga menafikan mangsa  berasal dari negara mereka. "Kami boleh mengesahkan bahawa tidak ada orang Rwanda yang hilang di antara mayat-mayat itu," kata Theos Badege, pesuruhjaya di jabatan siasatan jenayah polis Rwanda.

Presiden Rwanda Paul Kagame menduga mayat-mayat ini merupakan mangasa pembunuhan atau kehilangan ahli politik di negara jirannya. Ketenggan politik di Burundi memang sedang meninggi, menjelang pilihan raya pada tahun depan.

Sementara itu, pembunuhan beramai-ramai di Rwanda pada 1994 juga telah "menghantar" sejumlah mayat mangsa ke  Sungai Akagera. Dalam beberapa tahun terakhir, pembunuhan melibatkan politik di Burundi juga menjadikan sungai di negara tersebut sebagai "tempat pembuangan" mayat mangsa.www.The Guardian.

Pelakon P0rno Jepun Membiarkan P@yud@ra Diramas 24jam Untuk Mengumpul Dana.

Pelakon p0rn0 Jepun, Iku Sakuragi (21), adalah satu daripada sembilan pelakon yang mengikuti dalam acara mengumpul dana untuk kempen anti-AIDS.

TOKYO,  - Sekumpulan pelakon filem porno Jepun akan terlibat kempen mengumpul dana kempen perangi melawan AIDS minggu  ini. Para pelakon porno ini selama 24 jam akan membiarkan para peminat meramas payudara mereka.

Sembilan pelakon filem porno Jepun mengatakan mereka sangat
gembira untuk menyertai kempen  bertajuk "Stop! AIDS" yang akan disiarkan secara langsung di televisyen. Mereka hanya meminta agar para peminat meramas payudara mereka dengan lembut.

"Saya tidak sabar untuk acara tersebut., Tapi saya akan lebih gembira jika mereka melakukannya dengan lembut," kata seorang pelakon lucah, Rina Serina kepada Tokyo Sports.

Ia adalah ke-12 sejak acara itu telah dilancarkan pada tahun 2003, acara ini akan disiarkan secara langsung di stesen televisyen hari ini. Mereka yang ingin menyentuh payudara pelakon ini perlu menderma wang untuk kempen menentang AIDS. 
 
Acara ini telah diadakan selepas kenyataan Ayaka Shiomura wanita ahli parlimen, yang mengkritik wanita yang tidak berkahwin, menimbulkan kemarahan penduduk.

"Saya tidak menyangka payudara saya boleh memberikan sumbangan positif untuk masyarakat," tambah Rina Serina yang gemar mengikat rambutnya itu.

Pelakon filem porno lain Iku Sakuragi juga menyatakan gembira terlibat dalam acara amal ini dan tidak keberatan jika payudaranya diramas ratusan orang. "Ini semua untuk amal. Ramas dan Menyumbanglah. Mari bergembira," kata pelakon berusia 21 tahun itu.

Acara unik ini akan bermula pada Sabtu (30/8/2014) pukul 19.00 waktu tempatan dan disokong oleh Yayasan Pencegahan AIDS Jepun.

Sabtu, 23 Agustus 2014

Pelik! Kapal Terbang Dilarang Melintasi Zoo Edinburgh, Scotland Kerana Panda Hamil.

Menjaga keadaan tubuh ibu hamil itu memang penting, bahkan untuk seekor panda sekalipun. Zoo Edinburgh di Scotland menunjukkan betapa seriusnya mereka dalam menjaga kesihatan panda yang sedang berbadan dua. Mereka meminta juruterbang untuk tidak terbang di atas zoo tersebut .

Ya, pihak zoo meminta pada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam agar juruterbang tidak menerbangkan pesawat di atas kawasan  mereka. Sebabnya, bunyi yang dihasilkan dari  pesawat dikhuatiri akan menganggu haiwan-haiwan yang sedang dalam musim mengawan.

Permintaan unik itu dilancarkan untuk memantau Tian Tian, seekor panda yang mengikuti program inseminasi awal tahun ini. Selepas beberapa bulan memantau  akhirnya Tian Tian dinyatakan sedang hamil dan kemungkinan melahirkan bulan ini. Jika berjaya maka ini akan jadi anak panda pertama yang lahir di
Scotland.

Kehamilan Tian Tian menjadi bualan orang awam kerana sebelumnya  dua kali gagal. Tian Tian dan Yang Guang gagal dikahwinkan pada 2012 serta gagal hamil pada 2013 Kini menggunakan kehamilan suntikan moden akhirnya boleh hamil yang diramal dua atau tiga anak panda.

Julai lalu pihak zoo meminta larangan penerbangan pesawat kecil atau helikopter di wilayahnya kerana dikhuatiri mengganggu penguin musim mengawan. Tapi faktor utamanya juga kerana Tian Tian. Permintaan ini kerana bertepatan Edinburgh Festival and Military Tattoo yang ertinya akan banyak pesawat berterbangan untuk persembahan.

"Zoo Edinburgh menghantar permintaan untuk mengalihkan pesawat agar mencegah bunyi pada seluruh haiwan koleksi kami, terutama kerana penguin sedang musim mengawan," kata perwakilan. "Kami sudah bertahun-tahun berkaitan dengan Military Tattoo dan RAF yang selalu saling menyokong serta mendengar permintaan."

 

Selasa, 19 Agustus 2014

Awas! Air dari mesin layan diri dicemari bakteria.


Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan.

Sebanyak 29 sampel air telah diambil dari mesin tersebut di seluruh Lembah Klang dan hampir semuanya telah dicemari.

Terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E. coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium perfringens - jenis bakteria yang sama terdapat di dalam air kumbahan yang tidak dirawat.

Koliform dan Clostridium perfringens juga merupakan bakteria yang sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan.

Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain.

The Star menjalankan beberapa ujian bersama dengan Forum Air Malaysia, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Forum Air Malaysia membuat ujian terhadap 14 sampel pada April manakala The Star menjalankan ujian terhadap 15 sampel.

Sampel-sampel air diambil dari mesin layan diri di sini dan di Subang Jaya, Cheras, Klang dan Kuala Lumpur.

Di bawah Akta Air Minum Selamat Malaysia, sepatutnya tidak ada sebarang kesan Koliform atau E. coli dalam air minuman.

Eksekutif Dasar dan Penyelidikan Forum Air Jesslyn Pek berkata adalah membimbangkan apabila kebanyakan sampel tidak menunjukkan kesan klorin atau fluorida bebas, yang merupakan bahan kimia yang diperlukan untuk membunuh bakteria di dalam air.

"Daripada ujian ke atas 14 sampel air, enam daripadanya didapati mempunyai sama ada Koliform atau E. coli dan tidak mengandungi klorin atau klorida bebas," katanya.

"Klorin bebas mesti ada, kerana ia adalah pembasmi kuman," kata Pek.

"Terdapat piawaian untuk menentukan berapa banyak klorin bebas diperlukan untuk digunakan dalam air terawat, tetapi kerana ia tidak dapat dikesan di dalam semua sampel ini, ia menunjukkan bahawa jumlah yang tidak mencukupi telah digunakan."

Dalam ujian yang dijalankan oleh The Star dengan makmal bertauliah, semua 15 sampel didapati positif Koliform dan Clostridium perfringens.

Mesin menjual air banyak terdapat di bangunan pejabat, kediaman dan universiti atau kolej.

Orang ramai lebih suka membeli air ini kerana kosnya hanya kira-kira 20 sen seliter berbanding air botol, yang kosnya boleh mencecah lebih dari RM2 untuk jumlah yang sama.

Menurut sumber industri, pada tahun lepas Kementerian Kesihatan memulakan usaha di seluruh negara untuk memberikan lesen kepada pemilik mesin menjual air.

Walau bagaimanapun, sehingga kini, banyak yang tidak memberi respons.

Untuk mendapatkan lesen, pengendali perlu mengeluarkan sejumlah RM450 untuk setiap mesin dan menghantar air dari mesin untuk ujian kualiti di Jabatan Kimia.

Mereka juga perlu membayar yuran pemprosesan lesen RM130.

Kos lesen selama dua tahun adalah RM150.mstar.com.

Rabu, 06 Agustus 2014

Bunuh Remaja: Rambo Bentong Dihukum Mati


Rambo Bentong dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh remaja perempuan lima tahun lalu.


'Rambo Bentong' atau nama sebenarnya Rabidin Satir dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah membunuh remaja perempuan berusia 17 tahun, lima tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu setelah pihak pembelaan didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Rabidin, 43, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa membunuh Annie Kok Yin Cheng, antara 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan 1.50 petang pada 8 Mac 2009, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Abdul Karim membebaskan Rabidin daripada tuduhan merogol Kok kerana mahkamah tidak dapat menentukan sama ada jenayah itu dilakukan tertuduh ketika mangsa masih hidup atau telah mati.

Tertuduh didakwa merogol mangsa di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 376(4) kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.




Dalam penghakimannya, Abdul Karim berkata tertuduh yang memberikan keterangan bersumpah dan merupakan satu-satunya saksi pembelaan dalam kes itu hanya memberikan keterangan bersifat penafian.

"Tertuduh juga hanya memberikan keterangan ringkas sepanjang perbicaraan berlangsung di mana sesi soal balas hanya dijawab dengan jawapan 'tidak ingat' dan mengambil masa yang lama untuk memberi keterangan.

"Daripada cerita pembelaan tertuduh, ia hanyalah keterangan bersifat penafian atau 'after thought', dia menafikan mengenali mangsa dan menafikan pernah pergi ke rumah mangsa, jadi penafian ini tidak menimbulkan keraguan kepada kes pihak pembelaan," katanya.

Beliau berkata, kesan darah yang ditemui pada pakaian mangsa adalah sepadan dengan darah milik tertuduh selain profil DNA yang diperoleh daripada kemaluan mangsa juga sepadan dengan profil DNA milik Rabidin.

Rabidin yang berkerusi roda dan diwakili peguam Richard Bong Chong Fook hanya mendiamkan diri ketika jurubahasa Kadazan Dusun menterjemahkan keputusan itu kepadanya.

Pada 5 Februari 2013, Rabidin dijatuhi hukuman penjara 115 tahun dan 50 sebatan setelah mengaku bersalah terhadap empat tuduhan rogol dan satu tuduhan seks luar tabii yang dilakukan antara 2009 hingga 2011.

Bagaimanapun, pada 29 November tahun lepas, Mahkamah Tinggi di sini menerima rayuan tertuduh dan mengurangkan hukuman kepada 40 tahun dan 24 sebatan.

Pada 21 Mac tahun lepas, dia turut dikenakan hukuman 18 tahun penjara setelah mengaku bersalah menyerang dan mencederakan Konstabel Mohd Suhaimi Md Razali, 24, dengan parang di sebuah rumah di Taman Shahbandar Husin, Bentong pada 2012.

Hukuman dia bagaimanapun dikurangkan kepada 10 tahun selepas rayuannya diterima mahkamah.

Rabidin dikenali sebagai Rambo Bentong kerana dia tinggal di hutan bersendirian dan menggunakan pisau Rambo untuk mengugut dan menyerang mangsa.mstar.com.

7 Rakyat Malaysia Dikenal Pasti Dalam Video 'SukanB0gel' - Polis


Polis mengenal pasti tujuh rakyat Malaysia yang merupakan antara peserta pesta 'sukan bogel', yang didakwa diadakan di Teluk Bahang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi pada Rabu berkata, seramai 15 peserta dilihat di dalam video yang bertajuk "Penang Nude Sport Games" (Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang) di mana tujuh rakyat Malaysia, manakala empat lagi dari Singapura.

"Mereka yang lain adalah seorang dari Filipina, dua dari Myanmar, dan seorang dari India.

"Sembilan peserta adalah lelaki manakala enam lagi wanita," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini.

Beliau berkata, polis turut merakamkan kenyataan 10 individu bagi membantu siasatan.

Video berkenaan tersebar selepas ia dimuat naik dua bulan lalu di laman perkongsian video Vimeo.mstar.com.

Selasa, 05 Agustus 2014

Ancaman Bom Palsu, Jet Pejuang Britain Iringi Qatar Airways

Gambar yang dimuat turun di Twitter oleh Matthew Cossar (@mattcsr).
 MANCHESTER, England: Britain menghantar dua jet pejuang pada Selasa bagi mengiringi penerbangan Qatar Airways ke Lapangan Terbang Manchester selepas menerima laporan ancaman bom di atas kapal.

Seorang penumpang kemudiannya di tahan kerana membuat ancaman bom palsu.

Berikutan insiden itu, pihak berkuasa menutup lapangan terbang bahagian utara England selama 25 minit, bimbang sekiranya terdapat serangan pengganas.

Qatar Airways berkata, pesawat Airbus A330-300 iaitu QR23 penerbangan dari Doha ke Manchester bersama 269 penumpang dan 13 anak kapal.

Seorang jurugambar Reuters melihat polis bersenjata mengeluarkan penumpang lelaki digari memakai seluar longgar dan baju sukan dari pesawat.


"Kami boleh mengesahkan bahawa pesawat Typhoon telah dilancarkan dari RAF Coningsby, bertindak ke atas laporan dan dan juruterbang meminta bantuan,"jelas Kementerian Pertahanan Britain dalam satu kenyataan.

"Pesawat itu telah diiringi ke Manchester di mana ia mendarat dengan selamat. Perkara itu kini dikendalikan oleh pihak berkuasa awam.

"Polis Greater Manchester berkata di laman Twitter rasmi mereka bahawa telah menahan seorang lelaki berkaitan insiden ini.

"Seorang lelaki yang berada di atas kapal pesawat ... telah ditangkap kerana disyaki membuat ancaman bom penipuan," kata mereka.

Britain mempunyai tindak balas standard melibatkan jet pejuang dan perkhidmatan kecemasan.

Pada bulan Mei 2013, jet pejuang mengiringi sebuah pesawat penumpang Pakistan International Airlines ke Lapangan Terbang Stansted berhampiran London dan polis telah menahan dua lelaki yang disyaki berbahaya.mstar.com.

Hina Azan: Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Kelvin Yip


Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang pengguna laman sosial atau netizen yang mencetuskan kemarahan umat Islam kerana mengeluarkan kenyataan menghina azan dan umat Islam di pagi Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, pihaknya sehingga kini telah menerima sebanyak 28 laporan polis terhadap Kelvin Yip yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan itu dilaman sosial Facebook miliknya.

"Saya sedar bahawa terdapat banyak gesaan daripada orang ramai yang mahu tindakan diambil terhadap Kelvin Yip. Kami telah menerima laporan dan akan mengambil tindakan selepas siasatan selesai," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa.

Yip didakwa memuatnaik status,"Eh, hello…I know it’s Hari Raya and all, but please keep your prayers to the almighty off some loudspeaker at 6.45 in the morning...annoying (Eh, hello ... saya tahu ia adalah hari raya , tetapi tidak perlu bersembahyang kepada maha kuasa dengan pembesar suara pada 6.45 pagi ... menjengkelkan.")



Status Yip itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam yang mendesak polis mengambil tindakan tegas dengan pantas.

Berikutan itu, Pemuda Umno Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung status berkenaan.

Ketuanya, Rafizal Abu Rahim kemudian mempersoal kredibiliti polis yang tidak mengambil sebarang tindakan walaupun ia mampu dilakukan terhadap Fairrah Ashykin Kamaruddin dan penceramah bebas, Shahul Hamid dengan pantas.

Kiki ditahan dan dikenakan tindakan di mahkamah dalam tempoh terdekat apabila mengetuk dan merosakan kereta seorang lelaki yang merempuh keretanya di Pahang.

Shahul pula didakwa mengeluarkan kenyataan menghina agama hindu dalam ceramahnya di Pulau Pinang.mstar.com.

Jumat, 01 Agustus 2014

Mayat Dikerat Beberapa Bahagian Dalam Plastik Hitam Ditemui

Polis mengangkat mayat mangsa yang dikerat beberapa bahagian badan untuk dihantar ke Hospital Sultanah Aminah.
Pekerja PLUS Bhd yang melakukan rondaan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dikerat beberapa bahagian badan sebelum dibungkus secara berasingan dalam dua plastik hitam.

Mayat tersebut ditemui di parit berhampiran Kilometer 24.3 Lebuhraya PLUS arah selatan, dekat Kulaijaya.

Menyedari bau busuk dari bungkusan plastik itu, pekerja tersebut membuka salah satu plastik dan terlihat beberapa bahagian badan dan kepala yang dikerat.

Mangsa dipercayai telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

Difahamkan mangsa berusia dalam lingkungan 30 dan 40 tahun. Terdapat kesan tikaman dibahagian belakang badan dan leher mangsa.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Ruslan Khalid berkata anggotanya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu dari PLUS pada tengah hari Jumaat.

"Kami masih belum mengenal pasti mangsa.

"Kami percaya mangsa dibunuh antara satu hingga dua hari lalu," katanya.

Beliau berkata, mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

"Kami telah menubuhkan satu pasukan khas bagi mengesan suspek dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Ruslan turut menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. mstar.com.


10 Lelaki Tetak 6 Pelanggan Siber Kafe

Kecederaan yang didakwa dialami seorang daripada enam pelanggan sebuah siber kafe selepas mereka diserang 10 lelaki bersenjatakan parang di Taman Bayu Perdana, Klang pada pagi Khamis.


Enam pelanggan sebuah siber kafe cedera parah selepas ditetak sekumpulan 10 lelaki di Taman Bayu Perdana Klang dekat sini awal pagi Khamis.

Dalam kejadian pada pukul 4.50 pagi itu, seramai 10 pelanggan terdiri daripada lelaki warga tempatan dan seorang pekerja premis berada di dalam siber kafe berkenaan sebelum diserang.

Sumber polis memberitahu, seramai 10 suspek memasuki premis berkenaan dalam keadaan menutup muka menggunakan kain dan bersenjatakan parang panjang serta kayu.

Menurutnya, suspek telah menyerang enam daripada pelanggan sehingga mengalami kecederaan serius pada anggota badan.

"Terdapat mangsa hampir putus tangan akibat ditetak. Selebihnya mengalami kecederaan serius akibat ditetak lebih daripada sekali oleh kumpulan suspek.

"Suspek yang melarikan diri dengan dua buah kenderaan bagaimanapun tidak merampas barangan berharga dari premis dan mangsa," katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, suspek yang merupakan warga tempatan berusia lingkungan 27 tahun.

Kesemua mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk mendapat rawatan.

Difahamkan, polis kini sedang mengesan suspek yang telibat.mstar.com.

Kamis, 24 Juli 2014

Pesawat Air Algerie Hilang Dari Radar

Pesawat Air Algerie terputus hubungan hampir sejam selepas berlepas dari Burkina Faso dalam penerbangannya ke Algiers pada Khamis, kata syarikat penerbangan itu.

"Perkhidmatan navigasi udara telah terputus hubungan dengan pesawat Air Algerie pada Khamis dalam penerbangannya dari Ouagadoungou ke Algiers, selepas 50 minit berlepas," kata syarikat penerbangan itu yang dipetik oleh agensi berita negara itu, APS.

Ia berkata, syarikat itu memulakan 'pelan kecemasan' dalam mencari pesawat AH5017, yang melakukan penerbangan selama empat jam sebanyak empat kali seminggu.

Sumber syarikat itu memberitahu AFP bahawa kehilangan pesawat DC-9 yang boleh membawa kira-kira 135 penumpang.


Menurut satu sumber lain, kira-kira 110 orang menaiki pesawat itu. -mstar.com.

Pakar Britain Periksa Kotak Hitam kedua MH17


Kumpulan penyiasat Britain memulakan pemeriksaan terhadap kotak hitam kedua milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukrain, kata Kementerian Pengangkutan pada Khamis.

Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) United Kingdom di Farnborogh, barat daya London sedang membuat pemeriksaan terhadap perakam data penerbangan yang merekodkan maklumat daripada instrumen-instrumen di dalam pesawat itu.

Pakar-pakar AAIB pada Rabu memuat turutn "data yang sahih" daripada kotak hitam pertama, yang merupakan perakam suara kokpit, yang merakamkan perbualan juruterbang selama beberapa jam.

"Mereka mula memeriksa Perakam Data Penerbangan," kata jurucakap Jabatan Pengangkutan kepada AFP pada Khamis.


"Analisis mana-mana data akan dilakukan oleh pasukan antarabangsa yang diketuai Belanda," katanya. -mstar.com.

Rabu, 23 Juli 2014

Pesawat TransAsia Airways Terhempas Di Taiwan, 51 Dikhuatiri Terbunuh

Bangkai pesawat TransAsia Airways yang terhempas ketika membuat pendaratan cemas di Pulau Penghu di Taiwan. Foto AFP


TAIPEI: Seramai 51 dikhuatiri terbunuh apabila sebuah pesawat penumpang TransAsia Airways terhempas pada Rabu ketika membuat pendaratan cemas di Pulau Penghu di Taiwan, menurut laporan agensi berita Taiwan.

Agensi berita CNA berkata, pesawat enjin berkembar turboprip ATR 72 itu terhempas di luar lapangan terbang Magong pada kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan.

Ia berkata, pesawat GE 222 berlepas dari Kaohsiung, bandar kedua terbesar Taiwan pada pukul 5 petang waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Magong, 35 minit kemudian. Magong terletak di Pulau Penghu di Taiwan.mstar.com.

Selasa, 22 Juli 2014

Kiki Mengaku Bersalah, Kena Denda RM5,000, Kerja Komuniti 240 Jam

Kiki (kanan) mengaku bersalah selepas bertindak biadap dalam insiden kecil membabitkan lelaki warga emas di Kuantan, minggu lalu.

Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, yang didakwa kerana bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas, Isnin lalu didenda RM5,000, selain melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen, di sini Selasa.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin membuat ketetapan itu selepas tertuduh yang berusia 30 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta jenis Toyata milik warga emas, Sim Siak Hong, 68, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), dekat sini, pada 14 Julai lalu.

Kiki ditahan pada pukul 4 petang, Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya.

Tindakan ganas Kiki membuli Siak Heong atau Uncle Sim itu selepas warga emas berkenaan secara tidak sengaja melanggar keretanya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, Facebook, Twitter dan You Tube, wanita itu dilihat mengetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta milik Uncle Sim.

Aksi Kiki mendapat pelbagai komen dari pengguna media sosial yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang dianggap biadap itu.mstar.com.

MH17 - #Justice4MH17 Desak Bawa Pembunuh Ke Muka Pengadilan

Lebih kurang 2000 orang  berarak menuju ke Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kedutaan Rusia dan Kedutaan Ukraine bagi menyerah memorandum #Justice4MH17 pada Selasa.

Ketiga-tiga memorandum ini diserahkan oleh koordinator program  yang juga Timbalan Ketua Pemudan Barisan Nasional, Khairul Azwan Harun kepada wakil duta masing-masing.

“Saya gembira dengan sokongan rakyat Malaysia pada program ini yang membuktikan kita semua perlukan keadilan terhadap mangsa tragedi MH17 serta ahli keluarga mereka.

“Dalam memorandum itu, kami menyatakan pendirian Pemuda BN serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta kumpulan belia negara terhadap keadilan.

“Kita akan terus mendesak agar keadilan dapat ditegakkan walaupun tahu kawasan nahas itu merupakan lokasi konflik peperangan, namun itu bukan alasan untuk menghalang siasatan dilakukan.

“Dalam memorandum itu juga, turut dinyatakan keperluan untuk memastikan kumpulan penyiasatan antarabangsa perlu dilantik secara bebas dan mendapat persetujuan dari negara-negara bebas,” jelasnya kepada media selepas menyerahkan memorandum terakhir di Kedutaan Ukraine.

Khairul azwan berkata, persetujuan membenarkan pemulangan mayat-mayat mangsa dan penyerahan kotak hitam kepada Malaysia masih belum mencukupi.

“Ia masih belum mencukupi selagi pembunuh ini tidak dibawa ke muka pengadilan,” tambahnya.

Penerbangan MH17 MAS sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lalu.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 kru.

Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.mstar.com.

Malaysia Terima Kotak Hitam MH17 Daripada Pemisah Ukraine



DONETSK: Pakar Malaysia menerima dua kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 daripada Republik Rakyat Donetsk (DPR) di Ukraine pada Selasa.

Penyerahan dua kotak hitam itu dibuat sendiri oleh Ketua Pemisah Ukraine, Alexander Borodal yang mendakwa dirinya sebagai Perdana Menteri Donestk.

DPR tampil di ibu pejabat kerajaan di sini, bersama dengan wakil kerajaan Malaysia pada pukul 1 pagi Selasa.

Bercakap kepada pemberita, Alexander Borodai berterima kasih kepada Malaysia dan Belanda kerana menghantar pasukan mereka di sini pada Isnin bagi menyelesaikan perkara membabitkan MH17.


"(Kami) berterima kasih kepada Malaysia dan Belanda yang datang ke sini tanpa perlindungan atau bantuan daripada Kiev (kerajaan Ukraine)," katanya, menurut satu penterjemahan oleh seorang penduduk tempatan.

Kedua-dua pihak turut dilihat menandatangani beberapa dokumen dalam majlis penyerahan dua kotak hitam MH17 antara DPR dan pakar Malaysia.

Pesawat MH17 dipercayai ditembak jatuh pada Khamis lalu di Donestk dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sehingga mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Malaysia telah mencapai tiga persetujuan penting dengan pemimpin yang menguasai wilayah lokasi nahas berhubung pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

Persetujuan itu membabitkan pengurusan mayat mangsa-mangsa MH17, hak penjagaan kotak hitam dan akses kepada para penyiasat bebas antarabangsa ke
kawasan lokasi nahas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar di Seri Perdana pada lewat malam Isnin berkata, beliau telah bercakap dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah di mana tragedi itu berlaku dan telah bersetuju dengan perkara-perkara berikut.mstar.com.

MH17-Kotak Hitam Dianalisa Di UK - Aziz Kaprawi

Kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine tidak akan dibawa balik ke Malaysia untuk dianalisa.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, mengikut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), mana-mana kotak hitam yang ditemui perlu dibuka dan dianalisa secepat mungkin.

"Mengikut peraturan ia perlu dibuka secepat yang boleh. Tak wajar untuk kita simpan untuk bawa balik Malaysia dan kemudian nak hantar semula ke luar negara.

"Itu melanggar peraturan yang ditetapakan ICAO. Ia mesti dibuka dengan segera," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sini, Selasa.

Mengulas lanjut, Ab Aziz berkata, lokasi paling hampir untuk menganalisa kotak hitam ialah di United Kingdom (UK).

"Hanya ada beberapa negara yang memiliki kepakaran untuk membaca kotak hitam. Paling dekat adalah di UK.

"Oleh kerana ia berlaku di Eropah, jadi sewajarnya UK adalah salah satu lokasi sesuai untuk dibuat bacaan dengan penglibatan penyiasat antarabangsa. Malah pakar kita juga boleh sama-sama turut serta memantau proses analisa," katanya.

Ditanya sama ada Russia boleh menyertai pasukan siasatan bagi menganalisa kotak hitam MH17, Ab Aziz berkata, perkara itu akan ditentukan oleh panel siasatan antarabangsa yang dibentuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Awal hari ini dilaporkan puak pemisah Ukraine sudah menyerahkan dua kotak hitam pesawat MH17 kepada Malaysia.

Ia sekali gus mengakhiri misteri kehilangan dua kotak hitam berkenaan dari lokasi kejadian yang sebelum ini dilaporkan dihantar ke Moscow, Russia oleh kumpulan pemisah terbabit.

Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lalu.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 kru.

Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.mstar.com.

Senin, 21 Juli 2014

MH17: Putin Janji Bantu Keluarkan Mayat, Kotak Hitam

THE HAGUE: Presiden Russia, Vladimir Putin berjanji kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bahawa beliau akan membantu mengeluarkan mayat mangsa dan kotak hitam pesawat malang MH17 yang terhempas di kawasan pemberontakan Ukraine.

Putin, yang dipercayai mempunyai pengaruh ke atas pemberontak pro-Russia, membuat janji itu dalam perbualan ketiganya dengan Rutte sejak kejadian berkenaan Khamis lalu, kata perkhidmatan media kerajaan Belanda, RVD.

“Selain membenarkan akses tiada halangan ke tempat kejadian, perbualan itu ditumpukan kepada perkara praktikal, seperti kereta api yang membawa banyak mayat dan penyerahan balik kotak hitam dan Putin berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk kedua-dua perkara itu,” kata jurucakap itu.

Sebahagian daripada 298 orang dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dikatakan ditembak jatuh oleh peluru berpandu pemberontak pro-Russia, adalah rakyat Belanda.


Kira-kira 200 mayat diambil dari tempat kejadian di timur Ukraine dan dibawa dalam kereta api sejuk tidak jauh dari situ, menjelang ketibaan penyiasat antarabangsa.

Pemberontak Ukraine berkata mereka mempunyai kotak hitam itu, yang penting bagi siasatan. - AFP


Top