Tampilkan postingan dengan label Dunia Ngeri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Dunia Ngeri. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 27 September 2014

Wajah Lelaki Ini Lebam Gara-gara Terkena Bola Dengan Kelajuan 144 Km/j.

Delino Deshields Jr, anak kepada legenda  Baseball, Delino Deshields yang juga pemain baseball profesional telah menjadi  subjek laporan kerana wajahnya terkena lemparan bola dengan kelajuan 90 mph atau setara 144 km jam . Akibat dari lontaran bola tersebut, wajahnya menjadi lebam.

Dia tidak pernah melihat bola dari tangan pitcher dan bola dengan kelajuan 90 mph mendarat
betul-betul di wajahnya. Dia cukup bertuah kerana hanya terkena bahagian pipi yang ditopang oleh tulang rahang yang agak kuat.
 

Selasa, 16 September 2014

Ngeri! Lelaki Korea Hampir Maut Tali "bungee jumping" Terputus Diudara .



Seorang lelaki di Korea Selatan (Korsel) nyaris maut ketika tali "bungee jumping" yang ia mainkan putus. Saat ia meloncat dari atas, tiba-tiba, tali pengikat "bungee jumping" itu terputus sehingga "bungee jumping" yang seharusnya melantun malah menjadi platform terjun bebas. Melihat kejadian itu, keluarga lelaki tersebut langsung menjerit menyaksikan ahli keluarganya di ambang maut.

Tapi untungnya, meski jatuh  dengan kelajuan tingggi ke dalam air, lelaki itu selamat. Bahkan, dia masih mampu berenang ke tepian.


Jom saksikan video berikut ini:

 

Sabtu, 30 Agustus 2014

Aksi Buaya Kudung Gergasi Melompat Membaham Daging.

 Buaya bersaiz gergasi yang sangat popular salah satu  sungai di Australia ini bersaiz yang besar dan buaya ini kudung kaki depan kanannya dipercayai telah di baham semasa pergelutann dengan ikan yu.

Tetapi ini bukan kali pertama haiwan seberat dua tan berusia 80 tahun yang dikenali sebagai Brutus, telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Foto-foto buaya dua tan yang melompat dari Sungai Adelaide di Wilayah Utara Australia  untuk meragut daging kanggaru untuk tontonan pelancongan menjadi tajuk utama akhbar pada tahun 2011.


Jom saksikan video berikut ini:


 









Aksi Ngeri Seorang Lelaki Bergayut Dikabel Elektrik Bervoltan Tinggi.

Aksi yang anda lihat video ini bukanlah usaha untuk membunuh diri. Ini merupakan aksi ekstrem dari seorang pemuda di St Peterburg, Russia. Entah apa yang ingin ia lakukan, yang jelasnya lelaki ini nekad bergayut di kabel elektrik dengan ketinggian kira-kira 70 kaki dari tanah.

Aksinya semakin menggila setelah ia memutuskan untuk membuka kedua sarung tangannya, agar dapat  menyentuh kabel elektrik. Beruntung, lelaki nekad itu tidak terluka sedikit pun setelah melakukan aksi tersebut. 


Jom saksikan video berikut ini;



Kamis, 28 Agustus 2014

Ngeri! Remaja Ini Berselfie di Bangunan Tertinggi Ke-5 di Hong Kong dengan Monopod.

 Selfie saat ini memang benar-benar menjadi trend di seluruh dunia. Monopod dicipta untuk memudahkan selfie.

Seorang remaja bernama Daniel Lau melakukan tindakan ekstrim bersama monopodnya. Daniel melakukan selfie dengan monopod di puncak bangunan tertinggi ke-5 di Hong Kong.

Daniel dan 2 orang rakannya berjaya mengabadikan momen tersebut. Daniel melakukan selfie dengan
monopod saat duduk di atas puncak bangunan dengan rakan-rakannya sambil makan pisang.

Tidak hanya mengambil gambar, Daniel juga berjaya membuat video pada kesempatan tersebut. Daniel memutar-mutar
monopod sebelum akhirnya mengarahkan ke atas dan menggerakkannya untuk memperlihatkan latar belakang lokasi bangunan The Centre tersebut.

Video itu disebut-sebut sebagai aksi selfie paling menyeramkan dan membuat pusing. Hingga kini, video yang diambil Daniel dari bangunan dengan ketinggian 346 meter tersebut telah ditonton lebih daripada sejuta kali.

Berikut adalah video selfie Daniel Lau:



 

Sabtu, 16 Agustus 2014

Ngeri! Seorang Lelaki Hampir Dibaham Seekor Buaya Besar (VIDEO)


Seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya yang sedang berenang di pinggir pantai terkejut dan ketakutan  dengan kehadiaran buaya bersaiz besar.

Buaya itu cuba mengejar lelaki itu untuk menjadikannya makanan malam. Beruntung lelaki itu boleh berenang ke tepi dengan cepat dan seseorang cuba mengelirukan buaya ganas tersebut dengan melemparkan benda ke arah buaya, yang membuat haiwan buas itu terkejut hingga akhirnya menghilang.


 Jom saksikan video berikut ini:


Jom Kita Saksikan Aksi Ekstrem Polis India Memberhentikan Kerata Pesalah Trafik.

Polis India yang  bernama Davinder Singh, melakukan aksi ekstrem ketika berusaha menghentikan pemandu keretal yang memandu sambil menelefon.

Disiarkan dari India Today, Singh, nekad melompat-lompat ke bonet kereta untuk menghentikan pemandu tersebut. Ironinya, pemandu kenderaan tetap memandu laju hingga membuat Singh bergantung di bonet kereta. Untuk menghentikan kenderaan, Singh terpaksa memukul-mukul kaca kereta tersebut dengan topi keledar.


Jom saksikan video berikut ini:

 

Rabu, 13 Agustus 2014

Ngeri ! Pisau Jatuh Dari Langit Tercacak di Kepala Lelaki China Ini.(VIDEO)

Nasib buruk menimpa Xiao Yunzhi , lelaki berumur 57 di China. Ketika sedang berjalan-jalan di sekitar rumahnya di Guangyuan, Provinsi Sichuan, China, ia merasa ada perkara aneh terjadi pada kepalanya. Ia tak sedar apa yang terjadi, tapi rasanya sakit bukan kepalang.

 "Luar biasa sakitnya," kata Xiao dikutip di NBC News,. "Aku menangis dan menjerit, 'Kepala, kepala saya sakit', tapi aku tak tahu apa yang berlaku." Hingga akhirnya ada seorang penjual rokok yang  melihatnya dan menjerit sambil menunjuk ke arah kepala Xiao, "Ada pisau di kepalamu!" pisau tersebut  panjang iaitu 17,78 cm.

Sambil menahan rasa sakit Xiao terus berjalan, hingga ia akhirnya terpaksa menumpang duduk di sebuah telefon awam.


 

Menurut laporan pelbagai media tempatan, pisau itu berasal dari beranda sebuah unit apartmen di tingkat 8 .Pisau itu didakwa terjatuh setelah ditiup angin, kemudian terjatuh menimpa di kepala Xiao. 

Sejumlah pengguna jalan yang melihatnya memanggil polis dan kemudian membawa Xiao ke sebuah pusat rawatan tradisional China. "Beberapa jam kemudian doktor berjaya mencabut pisau dari kepala saya," kata dia. Benda tajam itu melukai sisi kiri kepalanya, beruntung tidak sampai membuat retak tengkoraknya.
 

Rabu, 06 Agustus 2014

Ngeri! Masakan Daging Kucing Makanan Popular di Vietnam


Meskipun sudah ada larangan untuk mengambil daging kucing, masakan ekstrem jenis ini masih diminati oleh warga Vietnam. Foto-foto berikut menunjukkan daging kucing dari mula disembelih dan dicabut bulu-bulunya di rebus, dibakar hingga diolah menjadi hidangan di sebuah restoran di Hanoi, Vietnam. Daging kucing menjadi masakan kegemaran bagi warga Vietnam yang biasanya dihidangkan sebagai makanan ringan ketika minum bir.







Senin, 28 Juli 2014

Video! Cara Ngeri Kanak-kanak Menyeberangi Sungai Menggunakan Beg Plastik.

Video ini memperlihatkan perbuatan ngeri diupload di laman YouTube pada 16 Mac  menunjukkan bagaimana mereka melakukannya untuk menyeberangi sungai Nam Po yang terletak di timur laut Vietnam.

Perbuatan berkenaan mendapat kritikan oleh pihak antarabangsa kerana kanak-kanak yang dibawa di dalam beg plastik berkenaan boleh lemas kerana kekurangan oksigen ketika dibawa berenang menyeberangi sungai berkenaan.



Jom saksikan video berikut ini:

Foto Selfi Proses Penyembuhan Luka di Wajah Lelaki Ini.

Video ini memaparkan proses penyembuhan luka pada wajah menggunakan foto selfi sehari-hari. Lapan saat pertama dari video menunjukkan foto selfi normal sebelum dirinya berbaring di tempat tidur dengan luka parah di wajahnya. Menurut maklumat dalam video, dia terkena gelas di wajah dibaling  oleh seorang lelaki mabuk. 

Jom saksikan video berikut ini

 
 
Video, dibuat dengan aplikasi iPhone, Everyday mendokumentasikan proses pemulihan-wajahnya sehari-hari dari mula dijahit hingga mulai sembuh.
 





Rabu, 23 Juli 2014

Video! Dua Lelaki Pertaruhkan Nyawa Demi Selamatkan Wanita Lemas



Thomas Licciardi dan Eric Warg rela mempertaruhkan nyawanya dengan terjun ke sungai demi menyelamatkan seorang wanita yang tenggelam di Sungai Hudson, New York, Amerika Serikat (AS). Wanita itu dikhabarkan nekat terjun ke sungai untuk mengambil sebuah anak patung.

Aksi penyelamat oleh dua lelaki yang berani itu berjaya dirakam oleh seorang wartawan, Elizabeth Donatelli, yang kebetulan tengah melalui tempat kejadian terebut.


Senin, 21 Juli 2014

Video! Kanak-kanak Perempuan Hidup Semula Setelah Disahkan Mati.


Manila: Seorang budak perempuan berusia tiga tahun yang diisytiharkan mati secara klinikal mengejutkan ahli keluarganya apabila terjaga ketika upacara pengebumiannya selepas ibu saudaranya kebetulan memeriksa keranda kanak-kanak itu.

Kanak-kanak dari Zamboanga del Sur, selatan Filipina itu sepatutnya dikebumikan pagi keesokannya selepas majlis keagamaan diadakan di Aurora.

Jom saksikan video berikut ini:



Bagaimanapun, bapa saudaranya yang membuka keranda berkenaan untuk melihat wajahnya terkejut apabila melihat kepala budak itu bergerak.

Kanak-kanak yang namanya dirahsiakan itu didapati mempunyai denyutan nadi dan bernafas walaupun baru diisytiharkan mati oleh pihak hospital pada pagi sama.


Kejadian itu sempat dirakam anggota keluarga menggunakan kamera telefon bimbit sebelum dimuat naik ke Internet.


Jurucakap polis Inspektor Heidil Teelan berkata, kanak-kanak berkenaan mengalami demam panas yang teruk selama beberapa hari sebelum dibawa ke klinik, Jumaat lalu.

“Ketika itu doktor dan kakitangan hospital mengesahkan dia meninggal dunia apabila nadinya tidak lagi berdenyut. Dia diisytiharkan mati secara klinikal pada jam 9 pagi,” katanya.

Menurut laporan Philippine Star, pihak hospital menyerahkan kanak-kanak itu kepada keluarganya untuk dikebumikan.

“Kami tidak dapat mengesahkan status sebenar budak berkenaan, namun berdasarkan pemeriksaan awal pihak polis yang diarahkan menyiasat, memang nyata kanak-kanak itu masih dalam keadaan koma.

“Dia kini berada di hospital untuk rawatan lanjut,” katanya. - Agensi

Top