Senin, 21 Juli 2014

Nelydia Senrose Kini Intim Dengan Syazwan Zulkifli?


Selepas kontroversi intim bersama Sharnaaz Ahmad dalam drama bersiri sebelum ini, pelakon Nelydia Senrose kini seperti bakal mengulangi perkara yang sama dengan pelakon Syazwan Zulkifli pula gara-gara intim bersama dalam sebuah telemovie baru.

Tak silap Murai Batu nama drama bersiri itu adalah Ada Apa Dengan Raya, maknanya ianya akan ditayangkan pada hari raya ini lah kan?

Wah kali ini dia kelihatan agak intim juga dengan pelakon tersebut menerusi foto-foto yang dimuat naik sendiri oleh Syazwan dalam laman sosial instagram miliknya.



Malah Murai Batu seolah-olah boleh dapat samakan keintiman mereka seperti Nelydia sama-sama berlakon dan bergandingan dengan Sharnaaz dahulu.

Murai Batu harap, kekasih Nely iaitu Qi Razali tidak lagi lah makan hati kerana dengarnya baru-baru ini mereka pun dilihat telah bertengkar dikhalayak ramai. Sebab apa? Murai Batu pun tak dapat nak pasti.

Apa-apa pun Murai Batu pasti Nelydia seorang pelakon yang professional dan tidak akan terbawa-bawa kisah dalam drama keluar seperti sebelum ini.murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top