Selasa, 22 Juli 2014

Ana Raffali Kini Hamil, Kongsi Berita Gembira Di Instagram


Kebelakangan ini banyak berita baik yang dikongsi oleh selebriti tempatan menerusi laman sosial peribadi masing-masing, kini tibalah pula giliran penyanyi Ana Raffali untuk memberikan perkhabaran gembira apabila dia baru sahaja disahkan hamil.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh pelatun suara ‘Tolong Ingatkan Aku’ menerusi laman sosial Instagram miliknya semalam (Isnin) dengan memuat naik sekeping foto imbasan bayi dengan kapsyen yang berbunyi:

"Alhamdulillah, berkat doa dan kasih sayang. Terima kasih bagi yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kami. ;)"

Selain itu, Ana juga turut meletakkan sepasang patung diperbuat daripada lego yang seakan-akan menggambarkan dirinya dan suami bersama foto imbasan tersebut.



Foto imbasan bayi beserta kapsyen gembira yang dimuat naik oleh Ana menerusi laman Instaramnya semalam.

Foto tersebut telah menerima pelbagai reaksi para peminat yang rata-ratanya mendoakan kesejahteraan Ana bersama bayi yang dikandungnya.Penyanyi berusia 28 tahun ini juga mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakannya.

Terdahulu, pasangan Ana Raffali dan Ahmad Aznaim Abdullah telah mendirikan rumahtangga sejak Februari 2012.murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top