Senin, 21 Juli 2014

Adakah Ini Kekasih Chef Nik Michael?


Murai Batu percaya, ini bukanlah kali pertama chef kacak lagi popular Chef Nik Michael dikaitkan dengan wanita. Apatah lagi dengan populariti yang dimiliki ketika ini, pastinya perkara itu sudah lali buatnya.

Namun baru-baru ini ketika menghadiri sebuah majlis berbuka puasa amal di ibu negara, personaliti TV itu nampaknya telah hadir dengan seorang wanita cantik berambut panjang.

Seperti yang dikongsikan menerusi gambar di atas, bagi firasat Murai Batu itu adalah buah hati Chef Nik Michael, lebih-lebih lagi mereka kelihatan asyik bersama dan langsung untuk berenggang satu sama lain.

Murai Batu bukan mahu serkap jarang, tapi sekiranya benar itulah kekasih Chef Nik Michael, maka pastinya ramai wanita di luar sana akan mengigit jari kerana wanita berkenaan tak kurang cantiknya dan mereka berdua kelihatan cukup sepadan.

Betul tak?

Murai Batu difahamkan, mereka berdua cukup asyik berborak dan adakalanya menghadiahkan senyuman mesra sesama sendiri serta sangat ramah melayan kerenah beberapa sapaan.

Sekiranya benar itulah kekasih Chef Nik Michael, Murai Batu tumpang gembira dan sekiranya itu bukanlah kekasihnya, maafkanlah Murai Batu.murai.com.

0 komentar:

Posting Komentar


Top